Showing posts with label Mohabbatein III. Show all posts
Showing posts with label Mohabbatein III. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Mohabbatein III Vol 22

*lagu Mohabbatein rhythm berkumandang* Oh, phone call. 

Aku : Hell-o?

Am : Waalaikumsalam Am.

Aku : Oh, assalamualaikum.

(Don't ask why, kitorang memang camni. Waalaikumsalam dulu, baru datang Assalamualaikum-nya. Pesen apa entah kitorang ni)

Am : So, hai. Err.

Aku : Hai Am. Okay, Am, this is awkwardly awkward. Hmmm apsal call?

Am : Are you sure you want to be . . . . . . . . ...mine.....?

Aku :........................pass soalan ini. Sila pindah ke soalan lain.

Am : This is not a quiz lah bengong. I am sewiuszz. Answer me, are you all prepared to be mine? To be the one with me till the end of my life? Adakah awak bersedia nak mendengar dan taat segala perintah saya selagi tidak menyalahi aturan-Nya? Adakah awak sanggup teman saya sehidup semati susah senang gelak menangis bersama? Awak sanggup tolong cuci-cuci baju-baju saya? Awak sanggup bangun pagi-pagi semata-mata nak buat breakfast untuk saya? Bukan setakat breakfast je, lunch dinner dan kadang-kadang supper jugak. Tengoklah kalau saya lapar ke tidak. Adakah awak sanggup tunggu saya depan pintu bila saya balik lewat bila kerja malam-malam? Adakah awak sanggup tak tidur malam-malam kadang-kadang bila saya batuk-batuk bising sampai awak tak boleh tidur? Adakah awak sanggup tinggal di rumah saya tinggalkan abang-abang kesayangan awak? Adakah awak akan mendoakan suami awak mendapat syurga di akhirat kelak? Adakah awak sanggup dengar kata saya, tak melawan? Adakah awak mampu taat segala perintah Dia, agar kita sama-sama masuk syurga kelak? Adakah awak sanggup nak teman saya sampai tua? Adakah awak sanggup....ada anak ber-bin-kan  Am Amsyar? Adakah awak sanggup? Answer me.

Aku : *tergugup,terus rasa nak berlari naik bilik menangis*

Am : Err, Am? Hello?

Aku : Am, is this scripted? You hafal eh?

Am : .........I am sewiuszz. Answer me please, 'awak'.

Aku : . ............. (to be continued)

Sunday, April 8, 2012

Mohabbatein III Vol 21

Jawapannya;

Ehem.
Ehem.








Ehem.





Kahwin.


Ye, kami kahwin.

Apa tak percaya pulak? Sewiusly, aku dan Am, bakal dinikahkan oleh Tok Kadi pada awal bulan Mei ini.

K. Belum apa-apa lagi dah berebut dah tiga kawan baik tuu nak jadi pengapit. Haisz.

Thursday, April 5, 2012

Mohabbatein III Vol 20

Tengah online, tiba-tiba handphone berdering. Dengan sepantas kilat, terus jawab phone.

Aku : Wassap?

Am : Assalamualaikum di sana.

Aku : *GELAK* Waalaikum di sini. Ye Am, Am nak apa? Nak tanya result SPM orang kannnn?

Am : Iyolah. Bagi tahu result lu cepat.

Aku : A tak lurus. Senget sikit.'

Am : Tu lah, orang suruh belajar bercinta je kerja dia. Tu lah, orang cakap tak nak dengar. Tu lah dia tu. Tu lah  tu.

Aku : Amboi Am. Nasihat dia macam main reflect reflect kat diri sendiri pulak. Hekeleh.

Am : Now, listen to me. I dah tahu result you berapa, pergi isi semua scholar, isi semua, apply engineering, mintak Germany, teman orang kat sini. Kbai. Assalamualaikum.

Aku : ...waalaikumsalam. T.T

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pada hari yang sama, ku gigihkan juga drive ke rumah girlpreng sejati sentiasa di hati. Sampai-sampai je sana terus peluk peluk peluk diorang. Masing-masing buat muka tak percaya dengan result masing-masing. Terus tanya apa reaksi boipreng diorang. Diorang terus buat muka sebab boipreng tak supportive camtu.  Semua pun sama spesis, cakap zaman sekarang nii, kalau takdapat A lurus, masa depan konfem gelap. Maka diorang buat kesimpulan, kitorang semua kena cepat kahwin nak cerahkan kembali masa depan. 

Persoalannya, siapa pula calon kitorang?

Tanpa ragu-ragu diorang menjawab; kami ah. Siapa lagi kalau nak kahwin dengan korang kalau bukan kitorang.

Tsktsk.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tapi seriuslah, sampai bila kitorang nak jadi begini? Hubungan ini kalau hendak direstui Allah hanya ada dua jalan sahaja;

a) berhenti bercinta dan berpisah untuk menjaga hati dan diri dari zina atau,

b) kahwin

Pilih sendiri. Hmmm? 

Wednesday, April 4, 2012

Mohabbatein III Vol 19

*setelah beberapa bulan bekerja menyara hidup demi mencari sesebuah kasut sneakers kegemaran, juga beg baru dan juga saraan hidup sendiri tanpa perlu minta abang-abang ibarat Ah Long heeyargh*

Abang : Dik. Kau tak kerja ke hari nii?

Aku : Emm nope. Sebab dah berhenti kerja lah. Hihihikz.

Abang : Gelak lah macam rempit. Sorang jejaka pun takde nak meminang. Asal tak terus je kerja?

Aku : Ala, malaslah. Lagipun bosan lah. Nak duduk rumah lah. Dah lama tak tengok drama. Oh bai de wei abang kesayanganku, untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, esok result SPM keluar.

Abang : ...and apa kau tengah rasa dik? Neves tak? Neves tak?

Aku : Neves lah bang. Kalau tak okay camne? Huwargh.

Abang : Kalau tak okay, abang kahwinkan je ngan sape-sape yang abang rasa okay. Kalau boleh foreigner lebih baik. Dapat ah keturunan mix mix sikit. Foreigner pun nak belah-belah gelap sana. Nepal ke. Bangladesh ke. Murahkan sikit hantaran. Takyah mahal-mahal. Sian dorang tak mampu. Takpe, abang okay je hantaran pun sekadar kurma dua biji.

Aku : Umur baru 23, jawapan macam umur 81. Heleh.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SPM day.

Soalan cepumas untuk anda:

Apakah perasaan anda bila melihat diri anda sebagai seorang yang kuat main, kuat ketawa, kuat gelak, tidak serius dalam apa-apa perkara mahupun ketika belajar, malah sering pemalas melakukan kerja sekolah, disamping gemar menghafal lirik lagu inggeris daripada hafal term term Biologi juga tidak suka menyelesaikan soalan matematik tambahan dan menyerahkannya kepada orang lain untuk disiapkan buat anda, hanya tinggal copy dan paste sahaja, semua di hujung pen anda. Ye, anda memang spesis manusia pemalas seperti itu. Bahkan sering mendapat gred bertaburan di setiap peperiksaan. Bahkan juga, orang pun tidak expect anda layak masuk kelas pertama. "Si pemalas masuk kelas pertama, oh shit dia main mandrem ke apa?", kata rakan-rakannya. Malah seringkali lewat ke kelas tambahan. Tetapi. Anda mendapat keputusan yang agak cemerlang. Takdelah A lurus, tapi senget sikit je. Apa anda rasa?

Jawapannya bukan untunglahhh tetapi syukurlahhh. Alhamdulillah.


Tiba-tiba balik rumah, sebijik Galaxy Wonder, sebiji laptop ada di atas katil. 
Ini namanya nikmat.

Abang-abang main pasang spy tanya dekat kawan-kawan aku tanya result adik sendiri. Heh.

Wednesday, December 28, 2011

Mohabbatein III Vol 18

Aku terus meluru masuk bilik Abang Shaf, seret tangan dia bawak keluar bilik terus turun bawah. Haih dia nii ajak minum petang pun susah. Lepas serve abang-abang berdua nii minum, kitorang berguarau senda. Wah, macam romantis bunyinya kan? Padahal, diorang sebenarnya membahan aku tak habis-habis. Diorang asyik gelakkan aku dengan Mira, Lyn and Kyra. Kira macam mengumpat ah jugak. Dorang nii membahan kata kitorang cewek matre (Fuuu carik dekat google translate kalau tak faham), suka tengok yang hensem-hensem je, tak setia and sifat-sifat mazmumah yang lain. Aku ni redha je kena bahan wei. Memang tak guna ada dua orang abang kuat membahan camnii. Benci lerr takde geng. Haih sabar lah hati. 

Ada satu part tu, aku bangun, pergi dekat paip sebab nak basuh tangan. Then terdengar sayup-sayup suara Abang and Abang Shaf berborak. 

Abang : Am call ke tadi?

Abang Shaf : Ha'ah. Rajin sekarang dia call.

Abang : Korang pasal apa je?

Abang Shaf : Adik kesayangan Abang tu lerr. Lepastu borak lah jugak pasal bola, politics, movies and whatnot. Banyak jugaklah borak. Dia tu boleh in lah dengan aku. Sekepala. Urban doh budak tu. Nampak je bertegas dengan adik, tapi sebenarnya chill-chill. I mean, dia tak pernah pun pandang rendah dekat kita semua.

Abang : Haha. Cakap kat dia Abang kirim salam k.

Abang Shaf : Alrait.

Aku lepas dengar je terus berlari dekat Abang Shaf, paksa Abang Shaf cerita balik pasal Am tu. Abang Shaf menggeleng taknak, dia kata malas nak cerita. Eeeeee! Over tau Abang Shaf nii. He is sooo menyampah. -_-

Aku : K. Taknak cerita sudah. But, I wonder how both of you can be this close? I mean siap call-call lah bagai. So gay.

Abang Shaf : *buat muka* Dasar tak matang. Tu yang Abang Shaf malas cerita tu! Okay dengar sini ya sayang, If a man is serious to have a relationship with you, he will never approach you first. He will approach your wali. That's the real man is. Dan abang-abang hensem kau ini adalah wali kau yang awesome hewhew.

Aku : Wali songo. Brr -_-

K. Apolak bunyi seghious tuu siap approach-approach wali bagai nii? I'm illegally 17. Belum pass nak kahwin lagilah Am. Kekekeke perasan gila. :p

Mohabbatein III Vol 17

Haritu aku lepak dengan Juki waktu nak susun-susun baju. Abang Manager yang suruh dia tolong. Aku apa lagi, suruh lah si paksarela tuu tolong lipatkan semua baju dekat situ. Hai Juki, you're the best. You let yourself being bullied by me, and I feel like a boss! :3

Juki : Peh. Cuba kau tengok shorts nii. Sumpah cantik.

Aku : Kau nak pakai ke?

Juki : Asal kau buat muka?

Aku : Hmmm dosa. Lutut sampai pusat kau are ugly okay. Don't you dare to show it to people, geddit?

Juki : Cakap lah aurat, senang cerita.

Aku : Tahu pun! Haha.

************************


Tadi petang, aku lepak dengan Abang. Ajak abang minum dekat luar rumah, bajet piknik bentang-bentang tikar bagai. Abang kata aku meroyan, peh heran apa aku. Alkisahnya, aku baru first time jadi buat Teh O Ais limau paling marvellous di dunia, haruslah di-show off kepada abang-abangku. Hewhew. Siap tuu buat triffle lah bagai. Cehwah, bolehlah masuk Master Chef dan kalah tanpa bertanding. Lima minit keluar TV pun bolehlah. Sap sap soi aaa! Haha. K, masa tengah serve semua makanan tuu, aku suruh Abang panggil Abang Shaf dekat atas. Abang cakap Abang malas. So, aku dengan pasrahnya dapat abang hampeh begitu sekali, terus berlari ke bilik Abang Shaf dengan semangat berkobar-kobar nak kasi minum ayaq teh gua. Hiwhiw. Tapi. Masa nak masuk bilik Abang Shaf, tiba-tiba terdengar . . . 

Abang Shaf : K, dia sihat je. Hari tuu kena basuh kot dengan Abang haha macam lawaklah, sebab kejap je nak insaf haha. Adik tu okay je, cuma tu lah kena ada orang ingatkan selalu, kalau tak selalu je lagha' budak tu. Thanks ah bro sebab jaga dia selama nii. Aku and Abang terima kasih kat kau sangat-sangat. Dia rindu kau tu. Nampak sangat heh. Bajet jee taknak ngaku kalau orang tanya, you know her, sangat poyo, egois konon, padahal malam-malam bukak laptop tengok folder zaman jahilliyah korang dulu tuu, masa dia free hair rambut pendek haha. K adik aku nii teruk jugak perangai dia. Haha. Kau tu jaga diri elok-elok. Aku tolong jaga dia dekat sini. No worries!


K. Aku pelik. Brr Abang Shaf ada adik lain ke? Aku jelah kan adik dia? Tapi. Dia borak dekat phone dengan siapa? Am ke?

Tuesday, December 27, 2011

Mohabbatein III Vol 16

Hari tu pergi kerja macam biasa. Tapi rasa lain lah sikit, sebab dah kena basuh dah dengan abang. So, macam awkward sikit lah nak borak-borak dengan Juki and the geng. Hewhewhew. So, pagi-pagi tu terus masuk je kerja, sampai-sampai je, Ady terus meluru ke arah Lyn. Dia terus tarik tangan Lyn pergi jalan-jalan. Yelah, kan diorang mesra kan? Aku pandang je. Sigh. Lyn nampak terkejut. Tapi dia pandang Ady, dan terus tarik tangan dia. 

Lyn : Don't do this Ady. Dosa lah awak.

Ady : *angkat kening* Sooory *terus lepaskan tangan Lyn* 

Lyn :  Kalau awak hormat saya, awak tak buat macam tuu lagi k. Biar urban macammana pun dunia nii, benda nii yang kita kena jaga, okay awak?

Ady : Okay, sorry dear. Tak sengaja sangat. Hmm.

****************************

Masa tuu, tengah kemas-kemas kasut. Shamsul tolong Mira. Shamsul memang paling rajin mengayat dua puluh empat jam tanpa henti. Nampak lah dia tuu suka dekat Mira kan? I can see that. Aku ni paling takde kerja, asal rileks sikit jee tengok tengok diorang. So, ada sekali tuu tiba-tiba nampak Shamsul pergi lepak dengan Juki. Aku pun macam pelik lah asal mamat sorang nii tak pergi usha usha awek dia sorang nii. Aku dengan powernya menyorok belakang baju-baju tuu try dengar apa dia borak dengan Juki.

Juki : Kau tak pergi ke berjiwang dengan si Mira tu? Selalunya rajin wei.

Shamsul : Hmm. Taknaklah. Dia kata dia tak suka.

Juki : Eh? Asal pulak? Korang gaduh ke apa?

Shamsul : Dia kata dia tak suka kitorang duduk sana tempat tersorok tu berdua-duaan. Walaupun tak buat apa-apa tak elok lah kan. Lagipun dia tak nak orang pandang serong dekat dia. Kalau orang pandang serong, apatah lagi Allah. Dia kata ada batas kena jaga. Dia taknak kitorang rapat sangat. Hmmm.

Juki : Kau sedih ke?

Shamsul : Sikit. Tapi she thought me a lot wei.

Juki : Lagilaah suko kau kat dia kan?

Shamsul : Haah :p

******************************

"Let Allah be the ruler over your hearts, not the duniya (world)"

Thursday, December 22, 2011

Mohabbatein III Vol 15

Lepas je borak dengan Abang pagi tuu, aku terus update blog. Aku tulis, aku cerita balik apa yang Abang cakap dekat aku. Somehow, I know my girlfriends, Am, Ash, Isz and Iky will read it. Aku spill semua dekat situ. Hmm. Aku baru sedar yang for past few months nii aku punya jiwa jadi macam kosong balik. Jiwa aku dah macam dah tak tenteram dah, tak macam waktu aku nak ambil SPM dulu. Waktu nak ambil SPM dulu, aku rasa masa tuu aku rasa susah sangat. Aku rasa Allah je yang faham aku masa tuu. Masa tu aku selalu mengadu dekat Dia, selalu spill semua perasaan aku. Dia Maha Mengetahui hati-hati ini. Hmm. Dah jam enam. Satu hari aku tak tidur. Aku capai phone. Aku terus call Abang Shaf. Abang Shaf nii satu hari suntuk tak balik rumah. Eee! 

Aku : Hello?

Abang Shaf : Yes adik? *suara mengantuk*

Aku : Abang Shaf tidur mana? Apesal tak balik rumah?

Abang Shaf : Abang tidur rumah kawan lah sayang.

Aku : Abang nii. Ape nii tak balik rumah -_- Go bangun subuh now. Solat solat.

Abang Shaf : Jangan marah. Kirim salam dekat Abang. Cakap I miss him.

Aku : Abang je lah kan -_-

Abang Shaf : Ye, I miss you too. Jaga diri. Dah solat belum nii? 

Aku : Belum. K nak solat lah nii. Abang Shaf nanti doakan orang dapat Straight A+ SPM tau.

Abang Shaf : Always. Byebye. Assalamualaikum.

*******************************

Pukul 11 pagi. Aku bangun. Bangun-bangun je bilik dah terang benderang dilimpahi cahaya matahari. *sigh* Mula-mula rasa menyesal bangun lewat gila, lepastu pujuk diri sendiri cakap standard ah tak tidur satu malam kan memang lah bangun lewat. Hiwhiw. Lepas kemas-kemas katil, aku check phone. 3 New Messages.

Lyn : Read your blog just now. I'm touched. Kita nii dah jauh dari Dia kan?

Mira : I've read your blog bebii. And now I know why He tested us like this. He miss us.

Kyra : Read your blog already. I couldn't agree moreee on Abang's words. 

Mohabbatein III Vol 14

Hari tuu, Abang balik rumah. Masa dia balik tuu, Ajeeq, Ady, Shamsul, Juki and the girls ada dekat rumah. Masa tuu pukul 12. Esok tuu tak kitorang tak kerja. Masuk-masuk je rumah, Abang pandang semacam. Aku rasa something. Aku suruh budak-budak nii balik dulu. Aku macam nervous, terus naik bilik nak tidur.

Jam tiga. Aku terjaga. Aku bukak lampu. Hmm dah lama tak bangun pagi-pagi macam nii. Aku jadi teringat kisah-kisah lama aku. Hmm sedih. Tiba-tiba aku dengar ada suara mengaji. Aku rasa tenang. Itu Abang. Aku terus bangun pergi bilik Abang. Aku intai Abang di sebalik pintu tu. Aku dengar. Aku dengar dia berdoa untuk aku, Abang Shaf, Abang Fyk, mama dan papa. Menitis air mata aku. My abang is something. He has been as my parents since I was young and forever he will be. Dia tak pernah nak berdendam dengan mama papa walaupun aku rasa dah berbulan-bulan mama papa pergi Europe dan tak call pun. Abang yang uruskan everything dekat sini. Hmmm. Aku terus peluk Abang. Aku menangis dekat dia. Aku cakap aku rindu Abang Fyk, aku rindu mama papa, aku rindu semua orang. Am.  . .

Abang : And now tell me why are you crying adik?

Aku : Hmmm nothing.

Abang : Nothing lah sangat. Nothing kau tuu maksudnya everything tahu tak. Haha. Eh, boleh abang tanya sikit?

Aku : Yes, ape?

Abang : Who're those boys yang datang tadi tu? Abang tak pernah kenal pun. 

Aku : Tu kawan sekerja dekat Parkson lah bang.

Abang : Adik. Hmm camne eh abang nak cakap nii hmm. Abang perasan adik dah lain dah sekarang. I mean, korang you and your girlfriends dah macam lain tau sekarang. Yelah, abang maybe tak tahu  situasi sebenar kan. Tapi  you know, sekarang korang dah macam more into boys. Korang dah tak sanjung dah ego korang yang dulu tu. Korang senang gila get along with boys. Tengok tu, baru kenal a month dah boleh ajak datang rumah dah. Hmm. Macam desperate pun ada jugak. Nak tahu, mula-mula abang tak berkenan jugak dengan Am, Isz, Ash, Iky tu. Tapi diorang changed you guys a lot. Yelah, dulu korang sexy gila kot. Kemain lagi adik aku sorang nii suka pakai shorts keluar rumah. Tapi abang tak berdaya nak tegur. Abang sendiri pun tak terurus masa tuu. Then Am came and selamatkan you. I'm so blessed to know that you have him with you. Abang tahu diorang tuu suka layan tak layan dekat korangkan sekarang nii. They're taking care of their ikhtilat. Tahu tak ikhtilat tu apa sayang? Benda tu kena jaga tahu tak. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jaga diri adik elok-elok. Abang sayang adik sebab tu abang cakap camnii, okay sayang? Smile, don't cry.

Aku : *peluk abang dan menangis lagi*

*******

‎"I'm single. I feel jealous whenever I hear my friends talk about their boyfriends." 


Don't be jealous of other people's sins, be thankful that you're not doing the same mistake. Do not boast about your wrongdoings, repent to Allah instead.

Mohabbatein III Vol 13

Hari berlalu. Masa berlalu. Dan kami pun . . . percayalah, semuanya dah berubah. 

Kini masa-masa kitorang banyak habis dekat Parkson. Overtime setiap hari. Takde lah terdesak sangat pun nak cari sesuap nasi tuh sampai overtime, tapi masing-masing busykan diri, busying ourselves mending our broken heart. Phew. Since that, kitorang chill-chill sendiri. Takde lah nak call German semua. Semua macam lupa dah dekat mereka di sana. . . K. Bajet lupa je sebenarnya. Tipulah tak rindu! Tapi bukan ke life must goes on? Dah orang tak nak, takkan kita nak terhegeh-hegeh pulak kan? kan? kan? 

Tapi.. benda paling aku tak nak dah berlaku dah. Sigh.

Kyra dah start terima Ajeeq. Ya, dia masih bersama Iky. Diorang tak clash pun. Tapi, tu lah. Couple pemendanya kalau dah dekat sebulan seminggu masih tidak call. Hmm :< Mira juga dah bersama Shamsul sekarang. K, I hate to say this, but the truth is they are effing sweet! Tak tahulah kenapa aku tak rasa Mira dengan Ash tuh sweet, tapi ya benar Shamsul adalah seorang lelaki yang sangat manis. Oh man, kau sihir aku ke baii sampai aku cakap camni? Argh. Lyn dan Ady pula hmmmm hampir-hampir-jadi-pakwe-makwe? Hmm. K. Jujur. Ady sangat berbeza dari Isz. Yang nampak terang dan jelas adalah Ady adalah seorang yang sangat-sangat menghargai orang yang dia sayang/suka. Nampak okay. Dia sangat-sangat penyayang. Lyn dah jarang menangis dah since dengan Ady, . . melainkan bila time dia rindu Isz. Hmm. Aku tak tahu lah nak kata aku suka ke tak dengan semua perubahan nii.

Juki? Juki dah clash dengan girlfriend dia. . . dan dia sekarang bestfriend aku. 

Wednesday, December 21, 2011

Mohabbatein III Vol 12

Malam. Jam 2 pagi. Dapat call. Ehm, Lyn call. Huh? K. Mimpi ke apa dia call pagi-pagi nii. Dia bukan jenis orang tidur lewat malam tau. Dia nii pukul 10 dah menangis-nangis dah mata mintak tidur. Aku pulak Team Forever Tidur Lambat. K. Aku jawab call Lyn.

Aku : Yo wasap Lyn? Asal call malam-malan cenggini?

Lyn : *menangis* *menangis* *menangis*

Aku : Lyn! Kau kenapa doh? Kau tak okay ke? Arr kenapa kau menangis?!

Lyn : Aku dah clash dengan Isz dah. Dia call mintak clash. Kbaii Am, esok jumpa. Love you.

Line terhenti. Aku terpaku. Tak percaya dengan apa yang aku dengar. Hmm. Aku rasa sebak.

Aku terduduk. 

Aku terus on Skype, call Isz 'cause I know dia sentiasa online. Pfft takde life dia nii. Asyik online je 24 hours.

Aku : Weh gila. Kau dah clash kan?!

Isz : *muka sedih* Terpaksa lah Am.

Aku terus diam. Aku off camera, lepastu menangis. 

Aku : I thought both of you'll be together forever. Aku sayang korang lah faham tak?!

Isz diam. Tapi aku tahu dia dengar. Tiba-tiba aku dengar suara Am. Isz suruh Am yang cakap dengan aku.

Am : Am, on camera now.

Aku : No, I don't want. I am crying. Buruk gila rupa.

Am : Bukak je la. Macam first time pulak nangis depan I.

Aku on kan camera, dan tengok Am. Am senyum.

Am : Diorang yang clash, asal you yang nangis?

Aku : Sebab I miss the old us. Kita semua yang dulu. 

Am : I know how much you value your friendship . . . than your love.

Aku : ......................................... Am, pujuk lah Isz.

Am : K, I will. Tapi you pun kena lah jaga yang dekat Malaysia tu.

Aku : I penat lah busybody. I sayang dorang padahal. I bosan lah asyik nak kena cakap dengan Juki je setiap hari. Tolonglah faham.

Am : Wow. You baik dengan that boy? Hensem apaa dia tu. 

Aku : Euw, you sounds gay. 

Am : I don't know why, I feel this. I tak rasa rugi pun if you guys clash dengan kitorang dekat sini if diorang dekat sana boleh jaga korang elok-elok. Kitorang dekat sini takkan ada pun nak teman you guys through thick and thin. Let it be. What past is past. Kita semua kena move on. If ada orang dekat sana yang boleh jaga korang, why don't you guys appriciate them and be with them. Trust me, don't afraid to move on and scared of the future. No one knows what is better in their life unless they go through it. Been there, done that. 

Aku : .. Am, apa Am cakap nii? Am gila ke?

Am : ... K Am, you need to take a rest. Esok kerja kan? Kirim salam Juki. Bye.



Argh. Apa semua nii? Gila!

Tuesday, December 20, 2011

Mohabbatein III Vol 11

Aku IM Am. 

Aku : Am, I risau :'(

Am : You jangan risau. I jaga sini. You jaga sana elok-elok.

Aku : I rindu kita semua yang dulu, Am :'(

Am : I know you're crying. K. You tu jaga diri. Nanti apa-apahal I call. Miss you btw.

Aku : Me too. Tc.

End. 

*****************************************

Hari tuu, pagi-pagi semua staff kena berkumpul. The boss are informing us that many celebrities are coming today since ada roadshow dekat situ. K. Ramai artis. Boss nasihatkan supaya jangan over *sambil mata memandang kepada kami*. Boss kata kalau layan artis artis tu semua baik-baik kitorang semua dapat bonus. Aku menoleh ke arah Lyn. Bersinar-sinar mata dia mendengar perkataan 'bonus' tuu. *sigh.

So, kami pun bergegas ke tempat masing-masing. Since, aku dan Lyn jaga baju for mens and boys haruslah aku dan dia paling over sekali nervousnya. Aku macam errr segan gila. Siap lari dekat tempat Mira ajak tukar tempat. Lepastuu boss nampak. Boss terus sound suruh jaga tempat masing-masing and jangan ngada-ngada. Aku dengan pasrahnya terus pulang ke tempat asal dan protes dalam diam. Heh boss, siap kau boss.

Aku stalk Mira and Kyra. Fuyoo cuba teka dia kena layan siapa? Azwan Ali k. Diorang kena layan Azwan Ali. Pehh kelas kau Maria. Aku dah bantai gelak-gelak dah dari jauh. Azwan asyik marah-marah diorang sebab dia punya kasut tak cukup lip lap. Aku gelak memang paling tak boleh blah, lepastu tiba-tiba tersadung seseorang. Aku terus macam, 'Damn. Sakit siot'. Aku terus jalan je. Malas aku nak angkat muka, sebab aku rasa tu Ady. Figure dia macam Ady.

Sampai-sampai je dekat situ, aku nampak Paan and Youk tengah pilih Tee. Tak kenal kerr Paan and Youk? Google it yourself. K. Lyn nampak ah segan-segan layan diorang. Aku pulak ambil jalan selamat pura-pura tengah lipat baju. Hehehew aku memang paling malas layan customers, tak kira ah kau celebrity ke apa. Tiba-tiba, ada orang datang dari belakang, hulur baju minta saiz M. Aku toleh ke tepi, oh.. Sam Bunkface. Aku segera melunaskan kerja aku, and hulur dia baju yang dia mintak. Aku terus pergi kat Lyn sebab segan okay macam menggedik pulak ada Sam dekat situ, so aku pulak nak layan dia. No way man. Tiba-tiba Sam cakap, 'Oh memang staff dekat sini semua macam gangster eh? Dah lah self service, lepastu bila dia langgar kita, dia terus blah camtu je'.

K aku malu.

Mohabbatein III Vol 10

Hari tu cuti. Public holiday. Sebab birthday our beloved King. Happy birthday! So, pagi-pagi buta aku dah call semua girlfriends aku suruh datang rumah aku. Haruslah pancing diorang datang dengan Pavlova abang Shaf buat haha. Semalam lepas balik dari Parkson terus aku pujuk dia suruh buatkan sebab dia punya Pavlova perghh paling best in the world. Aku pun tak tahu mana dia belajar buat semua nii. Sebabnya, bila tanya dia tak nak jawab, tapi aku suspek dia ada awek. Ha takpun sugar mummy kerr? Nauzubillah. Mintak-mintaklah takde. Tapi musykil okay abang aku sorang nii reti memasak. Dulu nak masuk ke dapur haih tak payah cakaplah. Arwah Abang Fyk je yang rajin masakkan. Hmmmm rindu abang Fyk. Al-fatihah. :'(

And my girlfriends arrived.

Lepas makan-makan semua, kitorang tengok movie. Ra.One. Kau tahu erti awesome tahu tak? Shah Rukh Khan itu hensem. I start perasan dia hensem dari zaman Kuch Kuch Hota Hai lagi. Lepastu, Kabhi Kushi Kabhi Gham. Ha lepastu, Mohabbatein. Then, Kal Ho Na Ho. Gosh, Shah Rukh Khan is effing macho. Hewhewhew.

K sambung cerita. Dah habis tengok movie tuu, aku online. Diorang semua main phone. Tengah texting dengan budak-budak lelaki tu lah tu. Haih Juki nii memang tak boleh harap. Hish hish hish!

Aku check wall girlfriends aku sorang-sorang. Say what, diorang punya wall penuh dengan comment skandal masing-masing. Dah tu, panggil I You I You lagi. Dah lah boleh tahan jiwang jugak. Aku pun macam nervous. Takut lah nak bukak wall Iky, Ash and Isz. Hmmm jap, aku check diorang punya wall pulak.

Iky : Trust is like a piece of paper, once it's crumbled up it can never be in its original shape. 

Err. Iky nampak marah. Hmm. Aku bab-bab marah nii memang cuak sikit bila part Iky. Iky nii garang okay. Aku risau hmm. Tengok ah status dia nii. Kemain lagi marah. Kyra nii takkan lah tak perasan ?!

Isz : Sometimes it's better to be alone, no one can hurt you that way. I miss my girl. 

Argh. Terseksa jiwa aku baca status dia nii. Aku rasa macam bersalah. C'mon. Kenapa sampai bunyi-bunyi nak clash nii? Kenapa nii? Isz nii satu je perangai dia, kalau dia buat takpe, girlfriend dia buat cannot. Memanglah Isz ni macam gedik, tapi aku taknak okay dua-dua nii clash. Hmmm aduh.

Ash : Maybe, just maybe, maybe part of loving is learning to let go. Don't you think so?

Okay. Aku menangis. Sedihnya. Apa semua nii? Cinta mereka dilandai badai ombak lagi. Dulu masa ada Danish, and now Shamsul. This isz sad. Aku sedih okay. Dua-dua aku sayang. Sumpah, aku yang frust.


Aku tengok kawan-kawan aku nii. Yang perempuan, semua tengah bergembira. Yang lelaki, semua tengah menangis. Hmmm.


I miss the old us. I mean it.

Mohabbatein III Vol 9

Aku bergegas mencari Juki. Aku tengok jam. K jam sekarang menunjukkan jam 10.30 pagi. Waktu-waktu begini selalunya Juki sedang duduk dekat fitting room call girlfriend dia kejutkan awek dia suruh bangun. (hahaha) Cube teka camne aku tahu? :P Haha. Ada satu hari tuh kan, aku nak hantar stok baru dekat dalam stor. So, aku lalulah fitting room tersebut. Tiba-tiba dengar suara manja cakap ayang ayang kite indu ayang, ayang jangan ah majuk majuk kayh, I leb you forewerr. Aku pun macam ngeri jugak ah sebab mana ada orang suara camtu, and tiba-tiba je gedik gila. Aku naik seram jugak ah. Lepas tuu, aku dengan nekadnya pergi switch off lampu dekat bilik tuh. Tiba-tiba suara tu senyap, dan aku nampak sekujur tubuh yang agak tough dan tinggi. Aku rasa tu ...... 'Damn! Siapa tutup lampu nii?!'.. Haha yes! Tekaan aku betul. Itu Juki! Haha. Disebabkan taknak aku membahan dia lebih lama lagi, dia pun explain rutin hidup dia yang kena kejut awek dia pagi-pagi. Juki, Juki. (haha)

So, dengan gangster sekali, aku sepak pintu fitting room tersebut. Juki terkejut dan terus terlepas phone dari genggamannya. Aku dengan hebat sekali segera menangkap handphone tersebut dari terhempas dan terus tersenyum.

Aku : Huyoo untunglah pakai Blackbewwwi! Cantik gila handphone kau wei.

Juki : Kau nii gila ke hah?! Dah lah sepak pintu nii. Kot terbarai ha camne? Kau apesal ada kat sini? Kan kau cutii. Kau tak habis-habis ganggu hidup aku hoi!

Aku : Haha wileks ler bro. Kau marah-marah nii kenapa. Aku rileks je, takkan lah kau nak marah-marah. Tak brader brader lah camnii.

Juki : Eeeeee kau lah! Mengganggu ketenangan hidup seorang insan yang lemah di muka bumi ini. Hmm.

Aku : Hahahahahahaha poyo! Dah-dah. Cuba serius sikit. Nii ha, aku nak bagi amaran kat kau supaya tengok-tengokkan kawan-kawan kau tuh supaya takyah nak mengorat sangatlah kawan-kawan aku tu. Kalau tak, nanti diorang akan tahu erti penyesalan. 

Juki : *gelak kuat gila* Kau ingat kau gengster ke gila?! Hahahaha. K yang tu nanti aku uruskan. Aku pun tak nak ada kena mengena dengan korang nii. Takde faedahnya. 

Aku : Dah lah kau. Aku benci kau. Kbye! *lalu menghempas pintu fitting room itu*

I feel like a gangstah, like a boss! (Haha)

Mohabbatein III Vol 8

Hari itu, abang Shaf ajak teman dia pergi shopping. Dia memang dah ajak a week before. So, nak tak nak aku kena lah ambil cuti hari Sabtu tu, ala lagipun half day kerja je pun kan? Aku pun dah kangen banget dengan abang aku sorang nii. Yo yo o je dulu nak jaga aku. Last-last, aku jugak yang jaga diri sendiri. Bisalah, lelaki dan janji mereka kan -_-"

Abang Shaf bawak aku pergi Parkson. Aku macam o.0 Abang Shaf nii, saje lah tu bawak aku dekat sini semata nak staff price. Ni camne ni perangai nii? Patutlah takde awek. Kedekut -_-''

Sudah tertulis suratan takdir, bukan kebetulan lagi dah, Abang Shaf ini adalah super cerewet. Aku dah membebel dah suruh dia ambik je baju-baju dekat situ. Dia pulak tak habis-habis hina Parkson sebab jual baju buruk-buruk. Aku dah start menyampah dengan abang sasa sorang nii, so aku pun tanpa belas kasihan tinggalkan je dia sorang-sorang dekat situ. Aku buat isyarat tangan dekat Kak Reen, suruh dia tengok-tengokkan abang aku nii, tolong carikkan saiz baju dia ke apa. Kak Reen angguk tanda faham. Aku senyum, LIKE A BOSS. Haha. 

Aku memulakan misi. Aku stalk kawan-kawan aku nii. I wonder what they do when I'm not around. Jeng jeng jeng. *sound effect paling common*

Mira :
Nampaknya Mira sedang melepak ya. Amboi dia. Melepak-lepak pulak. K. Customer sorang pun takde. Dia tengah gelak. Eh? Dia tengah lepak dengan seseorang lah! Eh? Siapa? Jap. . . . Shamsul? Is it Shamsul? Ye ha'ah lah dia tengah lepak dengan Shamsul. Argh.

Kyra :
Dia tidak sepemalas Mira. Bagus kawan aku sorang ni. Dia tengah simpan semua kasut-kasut stok baru. Alhamdullillah, dia tengah buat kerja sorang-sorang. Yes, selamat sikit. Sejuk hati perut umi mengandung. Hewhewhew. Eh.. jap. Ada orang datang dekat dia. Eh? Huh? Ajeeq tolong dia? Huh? Huh? Huh? Argh.

Lyn :
Dia ni terang-terangan sedang melipat baju dengan ...... Ady. K. Terang dan jelas dia sedang gembira. Argh.


Apa kawan-kawan aku nii? Argh. Tolonglah faham. Tiba-tiba aku teringat call Ash semalam suruh tolong jagakan diorang nii. Apa nii. Takkan lah diorang sendiri tak faham. Waduh-waduh, gawat ni.

Aku nak cari Juki. Juki sorang je boleh settlekan masalah nii.

Sunday, December 18, 2011

Mohabbatein III Vol 7

Dah macam seminggu lebih jugak kitorang tak contact budak-budak overseas tu heh. Aku suspek diorang merajuk. Amboi lembutnya jiwa? Aku kesian tengok Lyn, Kyra and Mira nii. Sedih je masing-masing. Diorang ada jugak call budak-budak nii. Tapi tak berjawab. Dah lah takde return call, sabar jelah -_- Am pun sama. Dia pun tak call. Tapi Am nii aku tak heran sangat. Adatlah Am tu kalau dia call sebulan sekali je. Paling banyak pun sebulan dua kali. Aku nii siapa je dalam hidup dia kan. Dia nii memang tak guna sikit. K tak guna banyak. 

Tapii, aku rasa aku kena jugak call dia untuk explain everything.

Aku : Hello, boleh saya bercakap dengan brader Am? Dia ada?

Am : Am takde. Am dah mati.

Aku : Hek'eleh yang bunyi merajuk nii apesal? Juki bukan suka dekat orang pun lah! -_-''

Am : Yeke? Series? 

Aku : Yelah. Jeles ah tu hikhikhikhikhik.

Am : Menyampah lah -_-" 

Aku : Yang kawan-kawan awak nii, kenapa tak contact girlpren girlpren saya? Dorang sedih tahu tak?

Am : Am nak tanya nii, kenapa korang kawan dengan dorang? Kenapa Am?

Aku : Mana Am tahu. Kitorang kan satu tempat kerja. So, kawan je lah. Hek'eleh yang risau sangat nape hoi?!

Am : Kot lah kitorang nii bukan boipren memang tak yah ah kitorang risau. Eee!

Aku : Kitorang? Sorry sikit eh. Diorang je. Am bukan boipren kite. Uuuu :3

Am : Pedulik hape aku. Dah dah, letak phone. Nanti Am call balik. Biar lah Am yang call Malaysia, you tak payah call sini. Mahal tahu tak. Nanti lah Am call k. Don't miss me or rindu saya ok. Take care. Bye.

Aku : Kbubuiboiboiboy.

K. Misi aku berjaya.

Mohabbatein III Vol 6

Lepas kejadian Ash tiba-tiba PMS offline Skype, kitorang semua macam tergamam ah. What had happened?! Mira terus takde mood, Kyra dan Lyn apetah lagi. Aku pulak macam hmm tak tahu lah nak buat apa. Aku suspek Ady and the gang sebenarnya pernah gaduh dengan geng Am mungkin? Eh entahlah. Aku malas nak buat konklusi sendiri. Taknak jadi macam Iky. Ehem-ehem, do you still remember Iky? Yes, Iky, I'm talking about you -_-

So, ada hari tu, aku cari Juki. Nak tuntut penjelasan. Biar KL menjerit sekalipun, janji gua puas hati dengan penjelasan dia. Berani ke Juki ni tak nak bagitahu huh huh huh, nanti dia belajar erti penyesalan baru tahu! (bajet gangster. Padahal lempang sikit je dah nangis. Overr tau!)

Makanya, Juki sedang susun kasut-kasut ketika itu. Ady, Shamsul and Ajiq masa tu aku tengok tengah lepak dengan kawan-kawan aku. So, aku pun memulakan sesi soal siasat.

Aku : Juki! Kau tengah buat apa nii? 

Juki : Aku tengah memasak, ha apesal? Tetiba je datang sini? Tak pernah-pernah o.0

Aku : *gelak* Kau masak guna kasut kerr? Stail jugak nii. Saja je datang. Asal tak join geng kau weh?

Juki : *gelak* omakaii concern pulak kau pasal aku. Seram pulak rasa. Suka hati lerr nak join ke tak. 


Aku : Aku rasa kau dah start perasan dah nii. Baik aku hentikan segalanya. Weh, kau ada gaduh dengan hmm Am, Isz, Ash and Iky ke?


Juki : Hahahahahahaha dah agak dah. Datang sini nak korek rahsia lettuw!

Aku : Lettuw lettuw pulak kau. Geli tahu tak. Lah tu okay, not lettuw lettuw. So pondan.

Juki : Kau ni macam-macam ah. Cerewet. Yes, kitorang ada gaduh dengan diorang. Hmm.

Aku : Hah? Hah? Hah? Serius kerr? Pasal apa doh?

Juki : Biaselah rebut awek. I mean, Shamsul tu suka dekat Mira sebenarnya. Obvious kan?

Aku : *angguk*

Juki : Ady tu minat dekat Lyn, Ajiq tu suka dekat Kyra. 

Aku : *Tiba-tiba gelak* HA HA HA HA Kau pulak suka aku ke weii? HA HA HA HA

Juki : Kau perasan. Aku lepuk gak kang budak nii. Awek aku mana nak campak hoi?!

Aku : Haha ye lah awek kau tu gila sweet okay. Setiap kali lunch datang tengok pakwe. Romantisnya. Romantisnya. 

Juki : Eee penyibuk. Stalk aku lah tu? Kemain lagi kann.

Aku : Tolong sikit eh. Ingat kau artis ke weii? Dah kau kemas kasut-kasut nii. Aku bagitahu bos kang.

Juki : Bossy -_-'' Menyampah je.

Aku : *dengan gaya gedik* Like I Care. Phew.

Patutlah dorang marah tiba-tiba je. Rupa-rupanya rebut awek. Wah wah wah. Haha. Baguslah, padan muka budak-budak nii. Ash tu ha, mana pernah tunjuk rasa jeles. Selalu rileks dan tenang je setiap masa. Heh sabar jelah. Isz tu apatah lagi. Pakwe paling hampeh di dunia. Boleh mengorat awek lain tengah-tengah bercinta nii. Ha, rasakan apa yang selalu Lyn rasa. Iky tu pulak keras kepala, ego. Tak boleh blah dia nii. Dia lah nii yang mengajar Kyra jadi macam dia. Keras kepala je setiap masa. Taknak tunjuk perasaan konon. Ini first time nii Iky cemburu. Wah wah wah (: Am. Oh Am pulak taktahu lah dia nak jeles ke tak. Bukannya si Juki ni suka aku pun. Tapi, kalau Juki suka, Am heran ke? Aku rasa Am lagi bahagia bila ada orang jaga aku kat sini. Am nii memang tak guna sikit. Aku rindu dia nii padahal wuwuwuwu.

Mohabbatein III Vol 5

Since kitorang dah kawtim dengan geng-geng Ady, hari tu dia belanja kitorang makan. Hehehehehe kau tahu tak apa makna nikmat? Nikmat weh bila boleh paw orang sesuka hati dan perasaan. Untunglah diorang memang real anak Tan Sris haha. Kitorang makan dekat Kenny, pehh sedap gila uolsz. Ada sekali tu, bila nak tunggu order sampai, Mira keluarkan lappy dia. Patut lah beg aku berat, memang baik kawan aku sorang nii. Tiba-tiba je aku rasa beg berat waktu nak pergi makan. Dia memang pffft! Aku pun macam heh kau nii aku tarik tudung kang terus ah Shamsul tak jadi suka. Witwit Shamsul suka dekat Mira. Nak ngadu dekat Ash lah camnii hihihihihihihi.

Mira dengan tidak semena-menanya terus je on Skype and call Ash. Err?
Dengan sepantas kilat, Lyn dan Kyra terus ke toilet untuk membetulkan tudung.
Dan aku. . terus ketepi untuk menyorok dari kamera laptop. 
Budak lelaki berempat tu terus macam 'Ah ape yang dah berlaku nii wei?'
Mira nii kan, bukan nak bagitahu yang dia nak call! Urgh.

And guess what, Ash, Isz, Iky and Am baru je habis class sama-sama. So, diorang Skype sekali sama dengan Ash. Hmm.

Mira : Hai korang! Kitorang dekat Kenny ni uolsz!

Ash : Amboi gembiranya, dengan uniform Parkson awak tu, kelakar okay! hahahaha.

Mira : Eee diamlah!

Dan Kyra dan Lyn pun sampai. 

Kyra : Hai Iky! *buat muka comel* 

Iky : Hai! Eh awak makan ke? Gemuk lah makan ayam hmmm.

Aku gelakkan Kyra kahkahkah. Dia bab-bab diet memang selalu kena bahan (hahahaha), padahal badan dah macam cicak kobeng -_-'' 

Am : Aku rasa aku dengar suara Am. Am ada eh dekat situ? Gelak dia tu Ya Allah, suruh dia behave sikit!

Aku terus pergi depan laptop. Am ni kuat dengki kan.

Aku : Am diamlah. Penyibuk. Orang gelakkan Kyra heh.

Isz : Wah wah, korang bertiga makin cantik ah wei lepas kerja nii. 

Lyn : DORANG BERTIGA JE LAH KANNN WEI KANN.

Isz : You bukan setakat makin cantik je Lyn, makin jelita, makin ayu, makin anggun, makin beautipul dan seangkatan dengannya tau. I tak tipu lah yang.

Dan kitorang yang lain terus buat muka nak muntah. Penipu Isz nii (kahkahkah)

Ash : Amboi dah gaji ke korang? Bahagia je tengok masing-masing makan dekat sini. Ewah.

Mira : Taklah. Cube teka siapa belanja kitorang? Cube teka. Jeng jeng jeng.

Tiba-tiba Juki jegilkan mata dia dekat aku. Aku macam, 'Huh kau kenapa?'. Juki letakkan jari telunjuk dia dekat bibir, maknanya suruh kitorang senyap-senyap je. Aku macam o.0 Tapi sayang semuanya terlambat. Aku, Ajiq, Juki, Shamsul, Ady terpaku tatkala Mira memusingkan laptop dan menunjukkan wajah-wajah mereka berempat. Aku pandang Juki. Juki pandang aku. Aku rasa aku faham maksud Juki. We are in the big trouble . . . . 

Ash : K kitorang busy. Bye !

Mira, Kyra and Lyn terkejut. Ash tiba-tiba offline. Err apa nii?!

Saturday, December 17, 2011

Mohabbatein III Vol 4

Sedar tak sedar, dah almost a month jugaklah kerja dekat sana. Memang macam-macam ragam ah customer nii. Memang menyirap ah tiap-tiap hari nak layan diorang. Hewhewhew -_-" Oh by the way, Mira and Kyra dah transfer dekat shoes section. Ha, dekat situ dorang takde ah dosa sangat nak promote jual kasut je pun, takyah jual baju sexay-sexay lagi anymore. Tu pun boleh tahan lama jugaklah nak pujuk boss ni. Overrr tau boss ni. Dia jual-jual mahal pulak taknak layan kitorang cakap ngan dia. Aku terus menggunakan taktik Anak Tan Sris terus nervous dia, cuak hilang kerja, haha padahal kan -_-'' 

Kitorang pun dah boleh get along lah dengan member sekerja. Dorang nii mula-mula pandang kitorang dengan menyampah, menyirap, marah, benci, jijik, hina (sobsobs) then tiba-tiba je boleh get along dengan kitorang. Masa lunch pun selalu lepak sama-sama. K. Mula-mula macam awkward ah, lepastu okay. Dah la aku ini dilahirkan bersifat kera sumbang, kawan aku ada 7 orang je. Lyn, Mira, Kyra, Am, Ash, Isz, Iky. Ha tu jelah kawan aku. Yang lain semua tu, kenalan sahaja. Gila sedih hidup. Since dah berkerjaya nii (ewah-ewah), terus ah dapat kenal-kenal budak-budak kat sini. Hehehehehehe. 

Oh perkenalkan, Ady, one of our mates. Dia sebaya kitorang, bersekolah di sekolah lelaki semuanya, maka sangat poyo ya bila deal dengan perempuan. Kau kena sabar ah kalau borak dengan dia nii. Dia treat semua orang sama rata - macam lelaki. Kau lelaki ke kau perempuan semua dia layan macam lelaki. Ady nii jaga section sports sekali dengan Shamsul, Juki dan Ajiq. So macam kitorang selalu lah lepak dengan diorang since diorang ni boleh lah on jadi geng har har har.

Ingat lagi masa mula-mula Ady tegur Lyn. Masa tu Lyn tengah lipat-lipat baju dekat tepi tu. Aku pulak duduk melepak sorang-sorang tengok budak-budak nii layan customers masing-masing.

Ady : Weh. Kau Lyn eh?

Lyn : Hmm ha'ah. Mana kau tahu?

Ady : Memang baru first time kan aku jumpa kau kat sini -_-''

Lyn : Dah tu asal kau tanya sengal?!

Ady : Aku ingat kawan-kawan tu je yang kuat emo *menunjuk ke arah Mira dan aku* , tapi kau pun sama -_-''

Aku : Ha mengumpat-mengumpat. Kau ni siapa weh? Ngorat Lyn ke? Hakhakhakhak.

Lyn : Pleaselah Am -_-''

Tiba-tiba Kyra dan Mira datang ajak makan.

Mira : Jom makan jom! Jom la makan. Lapar nii. 

Kyra : Cepatlah makan weh. Aku pun lapar jugak.

Lyn : Hai peliknya, Kyra lapar? Kyra lapar?! Omk!

Ady : Lapar je lah kerja korang kan. Kerja eh malas. Asyik-asyik halau customers je hahahaha.

Aku : Wah main kasaqq ni. Siapa nama kau?

Ady : Aku Ady. Aku kenal korang ni. Kau, Am kan? Ni Lyn, ni Mira and yang ni Kyra. Dan korang awek Am, Isz, Ash and Iky kan? I know :)

Kyra : Kitorang kenal kau ke weh? Asal macam tak pernah nampak kau lepak sama?

Ady : Kitorang selalu lawan basket dulu. Chill.

Aku : Aku bukan awek Am ah. Ha ape ape? Tetiba je kau. Tu dulu.

Ady : *gelak* Aku pun kenal abang-abang kau jugak weh.

.. dan disitulah perkenalan kitorang dengan Ady and the gang. Hewhewhew.

Mohabbatein III Vol 4

Phew. Phew. Baru first day kerja macam-macam jadi. Ingatkan okay je semuanya. Rupa-rupanya macam hampeh. Dah lah macam penat gila. Kena berdiri, lepastu buat-buat senyum, buat-buat muka tak bosan dengan pelanggan tu yang confuse saiz badan sendiri, buat cool je depan customer padahal rasa nak jerit je dekat muka dia suruh balik rumah and get a life Hahahahaha -_-" Dalam hati masing-masing rasa nak sabotaj je Parkson ni bagi takde orang datang sini. Ha, baru aman hidup kitorang. Takde pelanggan, boleh lepak-lepak. Boleh try baju tu satu-satu, pastu ambik gambar dalam fitting room and ngaku tu baju kitorang. So noob -_-'' Haha.

Balik je rumah, aku terus call Am.

Aku : Am! Tahu tak, hari ini first day I kerja! Ya Allah penatnya.

Am : Hahaha asal pulak you kerja? You demam ke apa? Tiba-tiba je kena penyakit sawan rajin? 

Aku : Am! Ssssssssssssssssh. I cekik you mati ah you nanti wei. Eeeeee dah lah kena layan customer hampeh gila perangai tau. Nak je cakap, 'You blah dari sini sekarang. Aku taknak jual baju kat kau!' Tolonglah faham.

Am : *Tiba-tiba nada serius* Parkson sangat kesian sebab dapat pekerja macam you.

Aku : Hahaha kejam okay. Tapi okay lah jugak sebab I kena jual tee for mens and boys. Hihihihihihi.

Am : So, most of your customers are mens and boys ah?

Aku : Course offfff! Hahahahahaha.

Am : Komain gedik lagi ekau. Kau jaga diri. Jangan menggataiii.

Aku : Haha jeles ah tu. You go die. Hahaha k bye.
Copyright Reserved ©Emy Amalina