*setelah beberapa bulan bekerja menyara hidup demi mencari sesebuah kasut sneakers kegemaran, juga beg baru dan juga saraan hidup sendiri tanpa perlu minta abang-abang ibarat Ah Long heeyargh*
Abang : Dik. Kau tak kerja ke hari nii?
Aku : Emm nope. Sebab dah berhenti kerja lah. Hihihikz.
Abang : Gelak lah macam rempit. Sorang jejaka pun takde nak meminang. Asal tak terus je kerja?
Aku : Ala, malaslah. Lagipun bosan lah. Nak duduk rumah lah. Dah lama tak tengok drama. Oh bai de wei abang kesayanganku, untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, esok result SPM keluar.
Abang : ...and apa kau tengah rasa dik? Neves tak? Neves tak?
Aku : Neves lah bang. Kalau tak okay camne? Huwargh.
Abang : Kalau tak okay, abang kahwinkan je ngan sape-sape yang abang rasa okay. Kalau boleh foreigner lebih baik. Dapat ah keturunan mix mix sikit. Foreigner pun nak belah-belah gelap sana. Nepal ke. Bangladesh ke. Murahkan sikit hantaran. Takyah mahal-mahal. Sian dorang tak mampu. Takpe, abang okay je hantaran pun sekadar kurma dua biji.
Aku : Umur baru 23, jawapan macam umur 81. Heleh.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SPM day.
Soalan cepumas untuk anda:
Apakah perasaan anda bila melihat diri anda sebagai seorang yang kuat main, kuat ketawa, kuat gelak, tidak serius dalam apa-apa perkara mahupun ketika belajar, malah sering pemalas melakukan kerja sekolah, disamping gemar menghafal lirik lagu inggeris daripada hafal term term Biologi juga tidak suka menyelesaikan soalan matematik tambahan dan menyerahkannya kepada orang lain untuk disiapkan buat anda, hanya tinggal copy dan paste sahaja, semua di hujung pen anda. Ye, anda memang spesis manusia pemalas seperti itu. Bahkan sering mendapat gred bertaburan di setiap peperiksaan. Bahkan juga, orang pun tidak expect anda layak masuk kelas pertama. "Si pemalas masuk kelas pertama, oh shit dia main mandrem ke apa?", kata rakan-rakannya. Malah seringkali lewat ke kelas tambahan. Tetapi. Anda mendapat keputusan yang agak cemerlang. Takdelah A lurus, tapi senget sikit je. Apa anda rasa?
Jawapannya bukan untunglahhh tetapi syukurlahhh. Alhamdulillah.
Tiba-tiba balik rumah, sebijik Galaxy Wonder, sebiji laptop ada di atas katil.
Ini namanya nikmat.
Abang-abang main pasang spy tanya dekat kawan-kawan aku tanya result adik sendiri. Heh.