Since kitorang dah kawtim dengan geng-geng Ady, hari tu dia belanja kitorang makan. Hehehehehe kau tahu tak apa makna nikmat? Nikmat weh bila boleh paw orang sesuka hati dan perasaan. Untunglah diorang memang real anak Tan Sris haha. Kitorang makan dekat Kenny, pehh sedap gila uolsz. Ada sekali tu, bila nak tunggu order sampai, Mira keluarkan lappy dia. Patut lah beg aku berat, memang baik kawan aku sorang nii. Tiba-tiba je aku rasa beg berat waktu nak pergi makan. Dia memang pffft! Aku pun macam heh kau nii aku tarik tudung kang terus ah Shamsul tak jadi suka. Witwit Shamsul suka dekat Mira. Nak ngadu dekat Ash lah camnii hihihihihihihi.
Mira dengan tidak semena-menanya terus je on Skype and call Ash. Err?
Dengan sepantas kilat, Lyn dan Kyra terus ke toilet untuk membetulkan tudung.
Dan aku. . terus ketepi untuk menyorok dari kamera laptop.
Budak lelaki berempat tu terus macam 'Ah ape yang dah berlaku nii wei?'
Mira nii kan, bukan nak bagitahu yang dia nak call! Urgh.
And guess what, Ash, Isz, Iky and Am baru je habis class sama-sama. So, diorang Skype sekali sama dengan Ash. Hmm.
Mira : Hai korang! Kitorang dekat Kenny ni uolsz!
Ash : Amboi gembiranya, dengan uniform Parkson awak tu, kelakar okay! hahahaha.
Mira : Eee diamlah!
Dan Kyra dan Lyn pun sampai.
Kyra : Hai Iky! *buat muka comel*
Iky : Hai! Eh awak makan ke? Gemuk lah makan ayam hmmm.
Aku gelakkan Kyra kahkahkah. Dia bab-bab diet memang selalu kena bahan (hahahaha), padahal badan dah macam cicak kobeng -_-''
Am : Aku rasa aku dengar suara Am. Am ada eh dekat situ? Gelak dia tu Ya Allah, suruh dia behave sikit!
Aku terus pergi depan laptop. Am ni kuat dengki kan.
Aku : Am diamlah. Penyibuk. Orang gelakkan Kyra heh.
Isz : Wah wah, korang bertiga makin cantik ah wei lepas kerja nii.
Lyn : DORANG BERTIGA JE LAH KANNN WEI KANN.
Isz : You bukan setakat makin cantik je Lyn, makin jelita, makin ayu, makin anggun, makin beautipul dan seangkatan dengannya tau. I tak tipu lah yang.
Dan kitorang yang lain terus buat muka nak muntah. Penipu Isz nii (kahkahkah)
Ash : Amboi dah gaji ke korang? Bahagia je tengok masing-masing makan dekat sini. Ewah.
Mira : Taklah. Cube teka siapa belanja kitorang? Cube teka. Jeng jeng jeng.
Tiba-tiba Juki jegilkan mata dia dekat aku. Aku macam, 'Huh kau kenapa?'. Juki letakkan jari telunjuk dia dekat bibir, maknanya suruh kitorang senyap-senyap je. Aku macam o.0 Tapi sayang semuanya terlambat. Aku, Ajiq, Juki, Shamsul, Ady terpaku tatkala Mira memusingkan laptop dan menunjukkan wajah-wajah mereka berempat. Aku pandang Juki. Juki pandang aku. Aku rasa aku faham maksud Juki. We are in the big trouble . . . .
Ash : K kitorang busy. Bye !
Mira, Kyra and Lyn terkejut. Ash tiba-tiba offline. Err apa nii?!