Showing posts with label MADU. Show all posts
Showing posts with label MADU. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Madu #3

Hari itu hari Jumaat. Aku sampai sekolah awal sangat, pukul 6.30 dah sampai dah. Ayah terpaksa hantar awal sebab ayah ada meeting hari itu. Makanya, mata ini redha je lah terpaksa bangun awal, siap awal semua. Padahal homework semua tak siap lagi sobsobs. Aku tak tahu lah gene pemalas siapa yang aku bawa. Mungkin 30% dari mama, dan selebihnya dari ayah. Haippp ayah! Hahaha. K. Lepas cium tangan, cium pipi ayah, terus teringat yang girlpreng di sekolah ajak pergi Parkson harini so nak tak nak kenalah minta izin ayah; 

'Ayah ku sayangku, boleh tak nak pergi Parkson hari ini? Plis ayah plis.'

Ayah renung muka aku. Aku balas renungan. Satu lawan satu.

'Kalau ayah, ayah kasi je. Tapi cubalah gi minta izin suami dulu. Haish budak ni.' 

'Oh, lupa. I am married.' 

'Tak payah mengada, dah pergi sekolah, belajar rajin-rajin. Kalau tak, ....'

'..ayah, orang dah kahwin dah pun. Tak payah nak ugut-ugut eh nak kahwinkan ke apa. Boleh agak dah ayah nak cakap apa. Hahaha. Bye, Assalamualaikum.'


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Masuk-masuk je kelas, terus aku duduk. Haih, stress tahu tak datang ke sekolah tapi tak siap homework. Rasanya macam janji yang tidak terlunas. Ha camtu lah rasa. Kadang-kadang tu kan, bila dah banyak sangat homework, terus je malas nak buat. Tapi, pernah dengar orang cakap; Keberkatan guru itu juga datang dari homeworknya yang menimbun. Siapkanlah. Sobsobs, hiba mendengar ayat tu. Tapi nak buat macam mana heuheuheu. Terus aku buka buku, dah tak pandang siapa-siapa dah, fokus nak siapkan homework je pagi tu, so tak payah aku korbankan nasi lemak super sedap acik kantin waktu rehat nanti. So, bersungguh sangat aku pagi tu nak siapkan homework admath yang masyaAllah susah eh pulak. Tu lah dalam kelas malas belajar, kan dah tak reti apa-apa dah. Masa tu pun, Miyaa belum datang sekolah. Nasib baik Syaa baru sampai. So yeah, maduku mangsaku. 

'Syaa, kau sayang aku kan? Boleh tak borrow buku admath? I dunno how to solve this. Kenapa soalan ini wujud?!' 

'Ye lah dik, akak kasi. Nah.' 

'Okay kak, tengkiu!'

.......dan Miyaa sampai.

'Wait, aku dengar Mel panggil Syaa kakak. Huyoh. Asal weh?'

Gugup.

'Mana ada, saja je. Dah tentu sebab aku nak bodek dia kasi pinjam buku aku. '

'Oh k, alasan diterima.'

Kitorang teruskan kerja. Pehhhh nervous uolsz.

Tidak sampai lima minit kemudian,
Miyaa selaku penolong ketua kelas kitorang panggil Keem. 

'Keem, hari ni Im tak datang tau, dia demam'.

'K. Roger that.'

Aku dan Syaa pandang sesama sendiri. Suami kitorang demam? and macam mana si Miyaa ni tahu?

'Dia text aku pagi tadi.'

Terjawab sudah persoalan. Miyaa ni macam tahu tahu je apa kitorang fikir. Oh, Im text dia. K. Im text dia. K. Im text Miyaa cakap dia demam and tak datang sekolah. K. K. K. K.


But why Miyaaaa?


and not me or Syaaa?

Tuesday, May 1, 2012

Madu #2

Malam itu, Abang Im text.
*aku panggil dia abang bukan sebab dia abang aku, tapi dia suami aku tau. Takkan nak gangster gangster dengan suami pulak, derhaka namanya tu haha*

From : Im Classmate. 
Amboi gosip tak payah nak kencang sangat. Rotan kang. 

Hahahahahaha. I can smell jealousy.

To : Im Classmate.
Isteri curang masuk neraka. Tahu lah kiteww nak jaga diri. 

K, sebenarnya tak reti nak reply apa. 

Tipulah tak awkward dengan  suamiku ini. Tipulah kan. Yelah, kitorang kahwin pun senyap-senyap je. Semua orang tak tahu melainkan family aku, family Im, dan family Syaa. Yang lain semua tak tahu. Sebenarnya, kitorang pun tak tahu kenapa kitorang kena kahwin, mungkin aturan keluarga kot memandangkan ayah aku, abah Im dan dedi Syaa bestpreng. Hmm? Dan juga jodoh dari Dia. Masa kena paksa rela kahwin dulu pun, aku rileks je bila ayah suruh kahwin waktu umur l5 tahun, nak masuk ke 16 tahun. Aku rasa macam best juga memandangkan dia adalah antara lelaki di sekolah yang kachak (hakhaksz) dan juga warak. Rugi kot nak lepaskan orang camni. Jodoh datang, aku sahut je lah. 

Sebenarnya, terus terang cakap, peribadi aku ni masyaAllah jauh berbeza dari suamiku ini. Malu, segan iskisk. Aku ni gelak berdekah-dekah, dia yang lelaki pun reti gelak sopan-sopan. K. Segan. Dia ni jenis kurang bercakap dengan perempuan, jenis yang kalau tak perlu cakap dia takkan cakap dengan perempuan. Dia juga ni ramai peminat dah dekat sekolah aku tu. K. Yang ada dekat dia semua opposite dengan aku. Aku nii asal boleh ramah mesra dengan semua umat tak kira jantina. Heuheuheu terlebih sosial kata orang. Juga, aku tiada peminat. K. Forewew A Loner. 

Nak cakap aku cinta dekat suami aku ni, hmm tak tahu lah. Umur aku muda sangat kot nak rasakan perasaan cinta. Yelah, belum duduk sebumbung pun, tak payah nak cinta sangatlah kan. Tapi, sayang itu haruslah. Kalau perempuan-perempuan sekeliling bercerita pasal boipreng sah aku nii, haruslah jealous. Hai, awak tengah cakap pasal suami kita tau, awak tahu tak?. Nak kata boipreng sah aku nii tak melayan sangat, tak lah jugak. Ada je dengar gosip pasal dia text dengan budak itu, budak ini. Dan semua 'budak itu, budak ini' itu adalah perempuan yang jauh lebih sopan dan lembut dari aku. Sobs. Jelous? Memanglah. Dah tentu dia tu boipreng sah aku. Tapi nak buat camne kan? Sobsobs. Tapi tak pernah pun pergi tanya dia betul ke awak text gadis itu gadis ini... 'cause I know, we are young, tooo young to not make any mistakes in our marriage. Ah biarkan, nanti Im belajar sendiri. 


Kadang-kadang tu, bila orang kenen-kenenkan boipreng sah aku yang sorang nii dengan perempuan-perempuan cantik lain, sedih je rasa. Terus rasa tak layak nak jadi isteri dia. Terus rasa macam malam karang nak text dia minta cerai. Sedih tahu tak. Aku ni dengan dia macam langit dengan bumi, tapi.. jodoh mungkin yang menyatukan kami. Tapi, tak tahulah. Mungkin instinct suami kot, dia selalu je stick note dekat bawah buku teks Pendidikan Jasmani aku. Memang tak pernah kantoi pun dengan orang lain sebab mana ada orang nak usik buku teks Pendidikan Jasmani oi (haha). Dia suka tulis;

' Awak bukan Forever Alone, awak isteri Im.'


Selalu je, aku tunjukkan note tu dekat Syaa. And dia bukan heran sangat pun, since abang Im pun selalu text dia jiwang-jiwang macamtu. 

Yang aku perasan, Im treat Syaa dan Im treat aku adalah berbeza. Mungkin sebab personaliti aku dan Syaa yang berbeza, ataupun.. hmm takpe tak nak fikirlah. 

Madu #1

Masa itu aku baru je masuk kelas selepas rehat dengan lamanya di kantin. Aku dengan bestpreng aku masa tu, Miyaa. Hmm, dasar gangstah sekolah uolsz, kitorang masuk kelas paling last sekali. Mula-mula masuk ingatkan ada cikgu sebab budak-budak semua tengah duduk pandang buku atas meja, puas aku dan Miyaa tolak-tolak suruh kau masuk dulu kau masuk dulu and then akhirnya dengar suara ; 

'Masuk je lah woi. Cikgu belum masuk lagi'.

Aku tengok jam. Cis lima minit lagi. Mana ada kitorang lewat pun! Ini yang stress ni bila kelas pertama, kelas yang penuh dengan budak-budak yang asyik belajar je setiap masa, macamlah masa depan dorang tu gelap sangat padahal aku rasa cerah terang benderang. Lainlah aku, si pemalas sejati yang awesome tetapi comel. Heuheuheu.

Melangkah je kaki aku masuk kelas, tiba-tiba terdengar suara si jahat pembuli,

'Wei Mel, kau gi dating kan tadi? Macam lah aku tak nampak kau jumpa boipreng kau tadi. '

Ini kes berat ni. Saja je mamat sorang ni cari point dengan aku. Dia tahu aku pantang dengan gurauan kasar sebegini. Bagi aku ni gurau kasar ni. Aku sorang je yang tahu kenapa aku tak suka gurau camni. Aku sorang je tahu. Bestpreng aku pun tak tahu. Classmate aku pun tak tahu. Eh, ada sorang lagi yang tahu, ..dia maduku.

'Apahal kau menuduh orang pulak. Kau dah bosan dengan kehidupan kau di dunia yang tidak kekal ini ke?'

Gangstah dan berwawasan. Okay aku puas.

Aku terus jalan masuk ke kelas, dengan nervous sekali. Alahai, pagi-pagi dah kena dugaan macam ni. Dugaan betul lah. Ni takde mood ni. Aku terus masuk kelas, dan duduk sebelah maduku, ...Syaa. Aku terus pegang tangan Syaa, dan buat muka sedih. Dia angguk tanda faham.

'Abang okay je tu. Dia takkan marah, dia mesti faham. Jangan layan budak tu.'

Jawapan Syaa terus menenangkan hatiku. Yay! Susah nak jumpa madu baik macam ini. Heuheuheu. Miyaa terus duduk di tengah-tengah antara aku dan Syaa, and cakap;

'Aku pelik lah dengan kau Mel. Nak kata kau rapat dengan Syaa, tak jugak. Kau lagi rapat dengan aku. Tapi bila kau macam tak ada mood ke hape, mesti kau cari Syaa. Padahal kau lagi rapat dengan aku!'

Miyaa berkata penuh emosi. 

'Ehm, ehm, mana ada. Kalau ngadu kat kau, bukan membantu pun. Kau mesti lagi menambah beban je dekat aku hahaha'.

Gelak.

Aku teruskan buat kerja sekolah Addmathku yang semalam dan perlu dihantar hari ini. Aiseh kelam kabut hidup gua!

Aku pandang sekilas ke hadapan, tempat budak-budak lelaki kelas duduk, sebelum bertentang mata dengan .. si ketua keluargaku, suamiku dan Syaa, ..Im.

'Abang' Im pandang aku, sambil menggelengkan kepala. Nampak macam jeles jeww?

Haduh, habislah kena syarahan malam ini. 

Susah betul hidup sekelas dengan suami dan madu sekali.

Can you imagine to have life like me? Having your husband and your madu in the same class? Is that, that interesting? .. Heuheuheu.




Copyright Reserved ©Emy Amalina