Hari itu hari Jumaat. Aku sampai sekolah awal sangat, pukul 6.30 dah sampai dah. Ayah terpaksa hantar awal sebab ayah ada meeting hari itu. Makanya, mata ini redha je lah terpaksa bangun awal, siap awal semua. Padahal homework semua tak siap lagi sobsobs. Aku tak tahu lah gene pemalas siapa yang aku bawa. Mungkin 30% dari mama, dan selebihnya dari ayah. Haippp ayah! Hahaha. K. Lepas cium tangan, cium pipi ayah, terus teringat yang girlpreng di sekolah ajak pergi Parkson harini so nak tak nak kenalah minta izin ayah;
'Ayah ku sayangku, boleh tak nak pergi Parkson hari ini? Plis ayah plis.'
Ayah renung muka aku. Aku balas renungan. Satu lawan satu.
'Kalau ayah, ayah kasi je. Tapi cubalah gi minta izin suami dulu. Haish budak ni.'
'Oh, lupa. I am married.'
'Tak payah mengada, dah pergi sekolah, belajar rajin-rajin. Kalau tak, ....'
'..ayah, orang dah kahwin dah pun. Tak payah nak ugut-ugut eh nak kahwinkan ke apa. Boleh agak dah ayah nak cakap apa. Hahaha. Bye, Assalamualaikum.'
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Masuk-masuk je kelas, terus aku duduk. Haih, stress tahu tak datang ke sekolah tapi tak siap homework. Rasanya macam janji yang tidak terlunas. Ha camtu lah rasa. Kadang-kadang tu kan, bila dah banyak sangat homework, terus je malas nak buat. Tapi, pernah dengar orang cakap; Keberkatan guru itu juga datang dari homeworknya yang menimbun. Siapkanlah. Sobsobs, hiba mendengar ayat tu. Tapi nak buat macam mana heuheuheu. Terus aku buka buku, dah tak pandang siapa-siapa dah, fokus nak siapkan homework je pagi tu, so tak payah aku korbankan nasi lemak super sedap acik kantin waktu rehat nanti. So, bersungguh sangat aku pagi tu nak siapkan homework admath yang masyaAllah susah eh pulak. Tu lah dalam kelas malas belajar, kan dah tak reti apa-apa dah. Masa tu pun, Miyaa belum datang sekolah. Nasib baik Syaa baru sampai. So yeah, maduku mangsaku.
'Syaa, kau sayang aku kan? Boleh tak borrow buku admath? I dunno how to solve this. Kenapa soalan ini wujud?!'
'Ye lah dik, akak kasi. Nah.'
'Okay kak, tengkiu!'
.......dan Miyaa sampai.
'Wait, aku dengar Mel panggil Syaa kakak. Huyoh. Asal weh?'
Gugup.
'Mana ada, saja je. Dah tentu sebab aku nak bodek dia kasi pinjam buku aku. '
'Oh k, alasan diterima.'
Kitorang teruskan kerja. Pehhhh nervous uolsz.
Tidak sampai lima minit kemudian,
Miyaa selaku penolong ketua kelas kitorang panggil Keem.
'Keem, hari ni Im tak datang tau, dia demam'.
'K. Roger that.'
Aku dan Syaa pandang sesama sendiri. Suami kitorang demam? and macam mana si Miyaa ni tahu?
'Dia text aku pagi tadi.'
Terjawab sudah persoalan. Miyaa ni macam tahu tahu je apa kitorang fikir. Oh, Im text dia. K. Im text dia. K. Im text Miyaa cakap dia demam and tak datang sekolah. K. K. K. K.
But why Miyaaaa?
and not me or Syaaa?