Hari pertama bekerja. Jeng jeng jeng.
Kyra : Beb, kenapa kita kena kerja di tempat baju-baju seksi ini? Argh tidak tidak! *gaya isteri mengamuk takdapat kad kredit dari suami*
Mira : Entahla, I don't have the idea. Punyalah tak sekolah kan bos kita ni. Terang-terang nampak kita ni pakai tudung siap lilit-lilit Hana Tajima lagi, takkan ah dia nak suruh kita jual hotpants, miniskirt pulak? *sambil tangan menyentuh pakaian-pakaian sexy itu dengan muka yang jijik*
Kyra : Taktahulah. Apo kita nak buat ni wei? Tell me tell me!
Mira : Taktahu. Siyes tak tahu. Apa kata kita ikut je rentak bos ni dulu, nanti dah okay, kita smash dia kuat-kuat.
Kyra : K. Aku tak sabar nak smash dia balik. Dia servis kali nii kuat sangat.
.. Dan datanglah pelanggan pertama di tempat mereka pada hari itu.
Pelanggan : Hey you, sini kejap. Carikkan saiz S please. *sambil melemparkan miniskirt dia ke arah muka Mira*
Mira : *bengang* Badan cik ni saiz M la. Ni lah saiz cik!
Pelanggan : Tak dengar ke I cakap yang I nak saiz S?! Ha?!
Kyra datang untuk menenangkan keadaan.
Kyra : Cik , eh cik ke puan, macam puan je? *gelak dalam hati* chill lah! Cik atau puan ni memang saiz M ah. Nak ketat-ketat buat apa.
Pelanggan : Kurang ajar nii namanya. Aku tak kahwin lagi wei! Dan sukahati aku lah nak saiz S, yang korang kecoh sangat asal?!
Kyra geram. Mira bengang. Dan .......
Mira : *memijak miniskirt yang digaduhkan saiznya itu* *muka menyampah* Dah. Aku tak nak jual kat kau benda ni. Go balik now! Pergi! Pergi!
Pelanggan : *terpaku* Kau siap korang. Biar aku jumpa manager korang. Siap korang! *sambil berlalu pergi dengan muka merah hotpink kerana menahan malu dihalau oleh seorang salesgirl*
Kyra : Wuyyo! Beraninya wei!
Mira : Weh camne nii?
Kyra : Camne nii weii. Aku pun tak tahu. Hmm.
Dan kedua-dua mereka gusar memikirkan hari-hari mendatang. Mereka dah berkeputusan takkan menjual pakaian sexay-sexay tersebut kepada perempuan di situ. Apa nak jadi, jadi ah. Akhirat lebih penting. Titik.