TUJUAN ? APA TUJUAN LU LUKIS CAMNI UTUSAN MALAYSIA? APA?
Maksud lu, undang-undang Islam ini lemah? Tu maksud lu?
Kepada lu yang lemah, lu tak fikir panjang ke sebelum tulis ini semua? Lu rasa lu hebat sebab dapat kelirukan orang lain dengan gambar ini? First, gua sarankan lu belajar Pendidikan Quran Sunah and Pendidikan Syariah Islamiah. Takyah terbang jauh-jauh sampai Mesir, kat Malaysia ni pun bersepah sekolah agama. Itu satu. Lu pergi tanya ulama' pasal hukum Islam dulu laa sebelum lu buat macamni. Jangan main redah je hina Islam.
Lu rasa lu hebat lah lu lukis camni? Best sebab dapat gelakkan hukum Allah? Ilmu tak tinggi pun main gelakkan je hukum Allah. Islam punyalah menjaga maruah umat Islam. Bukan senang-senang lu nak tuduh orang berzina. Ingat dengan video sebijik je lu boleh tuduh orang penzina? Lu tak boleh relate eh yang betapa senangnya orang nak manipulate video tu? Sebab tu, ada hukum qazaf dan li'an. Lu yang dituduh ni boleh mempertahankan diri dan orang yang menuduh ini boleh mempertahankan tuduhan.
Lu, jangan jadi bodoh. Allah itu Maha Bijaksana, nak bandingkan dengan manusia yang lemah dan daif ni. Kun Faya Kun. Allah punya undang-undang jauh lebih sempurna berbanding undang-undang sivil ni yang banyak kelemahan. Lu ingat senang-senang ke nak potong tangan orang yang dituduh mencuri? Lu ingat senang nak buktikan? Lu rasa lu boleh lepas tu bila mencuri sewaktu zaman kebuluran berdasarkan hukum sivil?
Malaysia, kalau taknak guna hukum hudud walaupun nama negara Islam, takpe, tapi jangan sesekali kita hina hukum Allah.
Sebenarnya, gua rasa bila-bila masa je Malaysia ni boleh kena bencana, azab sebab kita tak sedar yang makin lama kita makin jauh dengan Allah.
Negara Islam? hmm. Jumlah orang pergi surau lagi sikit dari pergi konsert. Ada pemimpin yang nak tegur? Takde.
P.s Gua tak baca Utusan Melayu. Orang beritahu gua pasal benda ini. Gua jumpa gambar ini dekat internet.
P.s.s Gua punya ilmu pun cetek lagi. Cetek gila lagi. Betulkan kalau gua silap. Assalamualaikum.
