Antara taubat yang tidak diterima Allah ialah, apabila kita menceritakan semula dosa-dosa yang kita lakukan.
Sedangkan Allah sudah menutupnya dari pengetahuan org lain.
Sebab dosa itu bukan untuk dibanggakan atau disebarkan. Biarkan rahsia kita dgn Allah sekiranya mahu diambil pengajaran, ceritalah sekadarnya sahaja atau berdiam itu lebih baik.
DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA
- Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.
- Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook)
.كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
SOLUTION : Sembunyikan dan taubat.
Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yangtelah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepadakami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.]
Source : (HERE) and (HERE)
# Gua tersentap baca artikel ini. Gua rasa dah banyak gua post pasal artis-artis lagu-lagu dalam blog-blog gua. :\ Gua kesal.
# Nasihat gua: Kepada feremfuan yang berhijab, jangan cerita dekat blog lu olang tidak solat dsb, sebab gua rasa gua yakin tu salah satu contoh berbangga dengan dosa walaupun kita takde niat. Dosa kita, biarlah kita dengan Dia yang tahu. Jangan dihebohkan satu dunia. Wallahualam.