Tuesday, May 1, 2012

Madu #1

Masa itu aku baru je masuk kelas selepas rehat dengan lamanya di kantin. Aku dengan bestpreng aku masa tu, Miyaa. Hmm, dasar gangstah sekolah uolsz, kitorang masuk kelas paling last sekali. Mula-mula masuk ingatkan ada cikgu sebab budak-budak semua tengah duduk pandang buku atas meja, puas aku dan Miyaa tolak-tolak suruh kau masuk dulu kau masuk dulu and then akhirnya dengar suara ; 

'Masuk je lah woi. Cikgu belum masuk lagi'.

Aku tengok jam. Cis lima minit lagi. Mana ada kitorang lewat pun! Ini yang stress ni bila kelas pertama, kelas yang penuh dengan budak-budak yang asyik belajar je setiap masa, macamlah masa depan dorang tu gelap sangat padahal aku rasa cerah terang benderang. Lainlah aku, si pemalas sejati yang awesome tetapi comel. Heuheuheu.

Melangkah je kaki aku masuk kelas, tiba-tiba terdengar suara si jahat pembuli,

'Wei Mel, kau gi dating kan tadi? Macam lah aku tak nampak kau jumpa boipreng kau tadi. '

Ini kes berat ni. Saja je mamat sorang ni cari point dengan aku. Dia tahu aku pantang dengan gurauan kasar sebegini. Bagi aku ni gurau kasar ni. Aku sorang je yang tahu kenapa aku tak suka gurau camni. Aku sorang je tahu. Bestpreng aku pun tak tahu. Classmate aku pun tak tahu. Eh, ada sorang lagi yang tahu, ..dia maduku.

'Apahal kau menuduh orang pulak. Kau dah bosan dengan kehidupan kau di dunia yang tidak kekal ini ke?'

Gangstah dan berwawasan. Okay aku puas.

Aku terus jalan masuk ke kelas, dengan nervous sekali. Alahai, pagi-pagi dah kena dugaan macam ni. Dugaan betul lah. Ni takde mood ni. Aku terus masuk kelas, dan duduk sebelah maduku, ...Syaa. Aku terus pegang tangan Syaa, dan buat muka sedih. Dia angguk tanda faham.

'Abang okay je tu. Dia takkan marah, dia mesti faham. Jangan layan budak tu.'

Jawapan Syaa terus menenangkan hatiku. Yay! Susah nak jumpa madu baik macam ini. Heuheuheu. Miyaa terus duduk di tengah-tengah antara aku dan Syaa, and cakap;

'Aku pelik lah dengan kau Mel. Nak kata kau rapat dengan Syaa, tak jugak. Kau lagi rapat dengan aku. Tapi bila kau macam tak ada mood ke hape, mesti kau cari Syaa. Padahal kau lagi rapat dengan aku!'

Miyaa berkata penuh emosi. 

'Ehm, ehm, mana ada. Kalau ngadu kat kau, bukan membantu pun. Kau mesti lagi menambah beban je dekat aku hahaha'.

Gelak.

Aku teruskan buat kerja sekolah Addmathku yang semalam dan perlu dihantar hari ini. Aiseh kelam kabut hidup gua!

Aku pandang sekilas ke hadapan, tempat budak-budak lelaki kelas duduk, sebelum bertentang mata dengan .. si ketua keluargaku, suamiku dan Syaa, ..Im.

'Abang' Im pandang aku, sambil menggelengkan kepala. Nampak macam jeles jeww?

Haduh, habislah kena syarahan malam ini. 

Susah betul hidup sekelas dengan suami dan madu sekali.

Can you imagine to have life like me? Having your husband and your madu in the same class? Is that, that interesting? .. Heuheuheu.




Monday, April 30, 2012

Ehemz.

Jujur,

Mohabbatein stories terpaksa di'pause' kan sebentar sampai waktu yang sesuai.

Kerana. . . 

Mohabbatein nii basically adalah cerita hampir 40% cerita sebenar, so disebabkan perkara-perkara yang menghalang progress cerita ini makanya, tak dapek den nak sambung cerita ini. Sobs.

Serius.

Nak imagine sambungannya komain susah lagi.

Sebenarnya, untuk manusia yang tidak tahu, watak Am Lyn Mira dan Kyra adalah watak sebenar. Dan watak Ash Iky dan juga Isz adalah watak sebenar, melainkan Am kerana Am tidak wujud, tetapi terpaksa diwujudkan kerana Am (perempuan) ni taknak jadi Forever Alone dalam cerita ini. Haha.

Tapi,

Disebabkan hidup ini tak selalunya diatas, dia pun nak pusing pusing jugak, takleh lah nak statik je,

Maka sekarang mungkin ada di belah hujung kiri, atas sikit daripada bawah.

Ash yang asal sudah tiada. Dah bertukar.
Isz pun.

Makanya aku susah nak imaginasi.

Tengoklah dulu camne.

Ingatkan aku untuk habiskan Mohabbatein ini. Aku kena habiskan jugak!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selain daripada itu,  (amboi penanda wacana tak nak kalah)

Aku sebenarnya hmm hmm hmm


Nak buat cerita baru hikzhikz.

Tajuk dia; 'Madu'.

Kalau sudi bacalah, kalau tak, it's okay I am fine. Heuheuheu.


Sinopsis-lah sangat;

Madu ini adalah cerita mengenai tiga manusia, Mel, Syaa, dan Im. Mel dan Syaa adalah madu, dan suami mereka adalah Im. Diorang bertiga ini dah jadi classmates sejak sekolah menengah lagi, and being a madu under one roof wasn't a big deal for them since they have been together since they're young.

Okay nak baca? 

Tunggu esok.

Yang benar,
Budak-poyo-macamlah-followers-blog-ini-riburibu.
Copyright Reserved ©Emy Amalina