Friday, July 29, 2011

Awak!

Saya ada soalan.

Kenapa hidup awak berteraskan dunia yang sementara tetapi akhirat itu yang kekal abadi. Again, kekal abadi.

Kenapa awak tak nak sangat dengar cakap Dia, awak keraskan hati awak, awak tinggikan ego awak. Dengan tuhan sekalian alam penguasa langit dan bumi pun awak boleh ego?

Kenapa awak bangga buat dosa tapi segan nak buat baik?

Kenapa awak lagi sayang dia dari DIA? 

Kenapa awak suka gelakkan alim ulama tapi awak junjung si pembuat maksiat?

Kenapa awak boleh nangis kerana artis itu artis ini perempuan itu perempuan ini tapi bukan Dia?

Kenapa awak segan nak cakap awak ni sebenarnya dulu belajar agama tapi bangga hafal lyrics kumpulan Nirvana?

Kenapa awak gelak gila-gila orang dengar nasyid ingat Allah tapi awak kagum tengok orang dapat pergi MTV Worldstage?

Kenapa awak bukak bila Dia suruh tutup?

Kenapa awak pegang benda yang Dia tak kasi pegang?

Kenapa awak halalkan benda yang Dia haramkan?

Kenapa awak sanggup buat camtu?

Kenapa awak..

Kenapa awak..

Awak,

Awak ingatlah, awak ada tuhan, awak ni tak lebih dari hamba yang hina.

Taubatlah dan sedarlah.


Allah sayang awak. Sayang saya. Saya sayang awak... kerana Allah.

P.s Salam Ramadhan Al Mubarak



Copyright Reserved ©Emy Amalina