Friday, April 29, 2011

Pissed off with the videos and all. C'mon lah.

Plislah. Cukup cukuplah sana sini cakap pasal video lah, sodomy lah apa lah ini lah. Sini, tengok ni, ini dia budak 17 tahun pandang atas lihat pemimpin dia , cuma nak cakap yang enough is enough Dato' / Datin / Dato' Sri / Datin Sri / Tan Sri / Puan Sri ( Ok ada gelaran yang lebih kaya lagi ke tak? ) 'cause hey look, uncles and aunties di atas sana yang sibuk menuduh dan menuding jari kepada benda yang takde lagi kesahihannya, kawan kawan I ada yang tak pandai solat lagi, yang tak tutup aurat, yang kaki clubbing, yang pierce sana sini, yang dah takde virgin lagi, but hey salah siapa semua ini? Ok. Maybe salah diri mereka sendiri. Tapi uncles and aunties tahu tak yang nanti dekat akhirat nanti y'all bertanggungjawab besar kena soal dengan Dia for what you've done to fulfill your responsiblitiessssss ? Nampak tak -iesssss tu? Tu semua menunjukkan betapa beratnya responsiblities yang y'all tanggung. Kami dibawah ini merayu dan meminta , Please do something before it's too late.

"..dan ia (amanah kepimpinan) pada hari akhirat menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya dengan benar, dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan kepadanya."

Jadilah pemimpin yang mencatat sejarah kerana kukuhnya agamanya, bukan kerana angkuhnya sifatnya.

Layakkah kami memimpin negara suatu hari nanti kalau macam ini lah rupa nya pewaris bangsa yang kita banggakan? Layak ke? 

Back to basic. Islam itu indah dan mudah. Allah dah guide kita how to solve the problems. Back to the right track. Kita ada hukum hudud and all. Tak semudah itu kau nak menuduh orang yang mungkin bersalah dan mungkin tidak bersalah itu berzina. Bak sini empat orang saksi. Baru settle. Takpun, biar yang dituduh itu mengaku salah. Tu pun settle dah.


Ok aku ni siapalah kan nak membebel panjang. Budak mentah yang entah apa apa tiba tiba nak nasihat orang.

P.s : 
Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bahawa akan sampai satu masa manusia akan lihat yang ma’ruf itu munkar dan yang munkar itu ma’ruf dan lebih teruk lagi orang yang amar ma’ruf nahi munkar dihina dan orang amar munkar nahi ma’ruf dibela dan disanjung-sanjung. Mungkinkah inilah masanya? Na’udzubillahi min dzalik! [ Take this from here ]
Copyright Reserved ©Emy Amalina