Sunday, March 13, 2011

Turning point.

Sekarang kita sendiri dah kena sedar , dunia sekarang dah memang paling akhir zaman. Semua tanda tanda dah keluar .

Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bnagsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Daripada Abdullah bin Amr bin ash' ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :" Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai peminpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."


Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW : " Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda:"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Okay.I know most of you guys would skip to read those hadith(s) aite ? Eh jangan. Kalau bukan kita yang nak baca, siapa lagi. Even kalau dah tahu pun, baca je. Buat reminder masing masing dalam hati. Jaga diri. Dah. Scroll atas balik. Baru terus baca ( if you want so ) .

Jadi, apa benda patut kita buat ? Apa dia apa dia ?  

Apa benda kita nak buat bila tengok tanda tanda akhir zaman ni bersepah sepah dah merata ? Tak seram ke tengok lepas satu satu petanda keluar nak tunjukkan sangat yang kiamat ini dah dekat ? Kau takut ? I'm in.

That's why , kita kena bangkit balik , bersatu balik. Cuba check sejarah balik. Zaman Umaiyah and Zaman Abbasiyah. Tak guna kita belajar kalau kita tak reflect kepada zaman sekarang. Kalau kita compare and contrast zaman sekarang dan zaman dahulu, perbezaan dia tak payah cakap lah , besar gila. Macammana kita ni yang konon maju yang konon urban yang konon hebat ni dekat akhirat nanti nak jawab dengan Dia apa effort yang kita buat untuk membangunkan Islam kembali ? Takkan sekadar nak tengok dan lihat je umat Islam sendiri hanyut dan leka dengan dunia ni ? Takkan kita sekadar sibuk menjerit memekik konon mempertahankan bangsa tetapi agama sendiri leka ? Nak tanya sikit , akhirat nanti kita ini akan ditanya ke kau bangsa apa semasa hidup dahulu ? Kau bantu bangsa kau ? Kau bantu ? TAK. Dia taktanya macamtu. Dia tanya apa amal kau dah buat untuk Islam , untukNya . Dia tak sentuh pun pasal bangsa. Dah , muhasabah diri balik. 

Kita kena tengok diri kita balik. Cukup tak eh amalan aku ini nak bawak masuk kubur ? Kot kot kejap lagi aku meninggal camne ? Ha camne ? Apa je aku buat hari ini ? 

Seyes. Me , myself selalu terasa macam ini. Aku tengok keliling aku , everyone baik gila. Jenis pious. Lepastu bandingkan diri sendiri dengan diorang. Hmmm lepastu sedih sorang sorang. Masa belajar Pendidikan Quran Sunnah ( PQS) and Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) selalu je rasa nasihat tu kena batang hidung sendiri padahal ustaz / ustazah tak aim sesiapa pun. Semua terasa sendiri. Susah tau rasa. Ini pun dah datang segala perasaan cuak nak face life lepas sekolah nih. Dengan siapa aku kawan ? Macammana life style aku? Elok tak hubungan aku dengan Dia? Bak kata kawan aku, sekarang lah masa nak prepare diri nak jumpa hidup dekat luar sana. InsyaAllah aku cuba. For some reasons, aku sayang gila SHAMS. SHAMS is life. Nanti dah besar, aku nak hantar anak aku sekolah sini (:

‎"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - surah al-Baqarah [2:216]

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. - Tafsir full.

Copyright Reserved ©Emy Amalina