Saturday, February 19, 2011

Aku rasa tak elok aku cakap pasal kahwin .

.. tapi aku nak cakap jugak !

Aku rasa , lepas sex talk for young adult and kelas PSI dekat sekolah , mesti ramai pasang niat nak kahwin muda kan ?

Aku rasa je lah -.-''

Well for me, kita ni masih muda , remaja , hormon tu membiak nak ajak buat benda tak elok tu memang banyak. Okay tak payah tengok jauh jauh lah , tengok sekeliling kita sudah lah. Siapa nak tolong aku kira berapa banyak maksiat berlaku around kita dalam sehari ? Dari kita bangun tidur pergi sekolah dalam kereta balik sekolah jiran sebelah , berapa banyak maksiat dah tengok ? See , if kita tiap tiap hari tengok benda ni , sekadar tengok je , tak membantu apa-apa , padahal kita tahu dosa dia , tak ke dosa tu ? Okay , cekidaud balik hadis Rasullullah.

Rasulullah saw bersabda :

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Okay. Read it ? Point aku dekat sini ialah peranan kita ini. Mana letaknya kita ? Okay kalau yang first and second tu , macam kurang logik lah kita as a student remaja ni nak buat sebab kita takde kuasa dan kurang mampu nak buat. TAPI , yang last tuh . Last tuh . Baca balik. Mencegah dengan hati - selemah lemah iman . Macammana pulak nak mencegah dengan hati ?

Okay muhasabah diri kita balik. Kita ni , bila tengok orang keliling yang kurang mempratikkan ajaran agama Islam , apa perasaan kita ? Suka ? Benci ? Lagi menggalakkan ? Cuba check balik. Kalau kita lagi suka dan menggalakkan tu , apa maksud nya ? Kita punya iman dah tahap mana ? Kalau benci dengan hati pun selemah lemah iman , ni yang suka dan menggalakkan tu dekat tahap mana ? Tak ada iman ? Wallahualam.

Valentine's day , dating , couple and all those things , mungkin ah mungkin semua orang suka . Suka nak melayan perasaan mendayu dayu yang datang , tapi remember bah , dosa tu bang. Dosa tu. Senang cerita kahwin jelah 'kot dah gatal sangat' .

IF kau okay dan mampu nak tahan diri sendiri taknak buat maksiat , it's fine if you don't want to marry earlier. Tapi kalau dah kes tahap kronik tak mampu berpisah dengan kekasih euw euw tu , baik mintak mak bapak kau datang propose minah tu ( for boys ) , and kau suruh je lah mak bapak korang terima lelaki tu seadanya . InsyaAllah kalau niat baik , Allah tolong. He's always be there for us ( for girls )

Tapi tu lah kita.

Dosa buat takpe, kahwin awal jangan. Mula lah start nak bagi alasan tak cukup duit , nak balance economy , nak enjoy enjoy dulu ( yang ni hampeh punya alasan ) dan nak merasa single . Masa ni check dulu diri sendiri. Mampu ke tak mampu tahan diri dari zina ? Zina ni bukan setakat zina yang kena tangkap basah dengan Jabatan Agama Islam je , zina ni meluas. Google sendiri kalau nak tahu. Tapi , untuk orang yang bagi alasan tak cukup duit , balance economy ah semua tu , baca ini

Kalau tengok paper tu , everyday keluar paper baby baby kena buang dalam tong sampah , kena gigit anjing and so on . Damn . Gila sedih baca. Masa ini mula lah nak pikir berjuta cara cemanelah nak selesaikan kes buang bayi ini. Tapi , kalau kita back to basic , back to Allah , then we'll know the answer. He's already stated that jangan dekati zina. Tapi . . . . 



Senang cerita . Kalau dah susah sangat to control your lust , kahwin je lah okay. Kahwin .

P.s Entri ini kurang sesuai dengan budak budak SPM dan bawahannya . Jangan gatal , belajar dulu [ mengingatkan diri sendiri ]

Kenapa aku buat entri ini ? Entah.

I'm not good , I'm not pious. Aku bekerja keras baiki diri sendiri. And I know, whatever I've wrote on this blog , orang akan persoalkan kalau aku tak ikut. I know . And that is why , I risk myself to have guts wrote about all this things so that I won't be blamed in the akhirat kelak. InsyaAllah. 

Doakan aku.
Copyright Reserved ©Emy Amalina