Monday, December 6, 2010

Mohabbatein II . Vol 1.

Ow lupa nak bagitahu . Sejak kitorang pakai tudung dekat sekolah masa form four dulu , tiba - tiba students lain macam dapat hidayah nak buat benda yang sama . Takde lah semua , suku je . Tapi , okay apaa dari takda langsung kan ? Marilah kita sama sama alhamdullillah wa syukurilah . Teachers pun emo je . Yelaa , kalau diorang nak bantah pun , nanti kena sound dengan ministry . Waa padan muka nanti . And part paling lawak nya , since kitorang yang mula mula pakai tudung dekat sekolah tu , jadi , students pun pilih kitorang untuk control sekolah . Muehehehe ( sila - sila gelak  . Hancus sekolah tu kitorang buat ) . 

Dah lah tu , tak pernah nye nak serius bila bertugas . Kalau Ketua 3K pun datang sekolah pukul 8 , apecite ni beb ? *cough Kyra cough* Muehehe .

So bila awal awal jadi Ketua Disiplin , Ketua Sekolah , Ketua Umum dan Ketua 3K , kitorang menggila buat peraturan sendiri . 

INI DIAAA PERATURAN KEBANGGAN KAMI , MUEHEHE.
  1.  Semua students wajib tutup aurat !
  2. Imarahkan balik surau sekolah !
  3. Datang sekolah janganlah lambat sangat .
  4. Jangan nak Lady Gaga sangat . Tak boleh fesyen lebih lebih . 
  5. Nak langgar peraturan tu tak boleh selalu . Kadang kadang lebih digalakkan . 
  6. Dilarang menyusahkan prefects . TAK KESIAN KE KITORANG KENA MARAH ?
  7. Jangan mengada couple lepastu dating sampai kantoi . Gila menyusahkan orang je kena tangkap.
  8. Jangan selalu mengumpat prefects . Dosa . 
  9. Lelaki takleh nak pondan pondan sangat . Rimas awwwww -.-
  10. Jangan buat group Facebook / Blogspot kutuk kutuk prefects . Amboiii diaaa ! 
Sekian .

Pengsan cikgu baca. Wahaha who cares ? :P
Copyright Reserved ©Emy Amalina