Sunday, December 19, 2010

Mohabbatein II . Prelude Part 1 .

Abang : Ehem - ehem . Adikkkkk . 

Aku : Sup ? Nak apa ? Gedik tiba tiba ? o.0

Abang : Hmm abang nak kahwin ah abang rasa .

Aku : WHOAAA ABANG SHAF , ABANG NAK KAHWIN . 

Abang Shaf : Merepeklah kau bang . Adeke perempuan nak kat kau ? Subuh pun aku kejutkan pagi pagi .

Aku : [gelakpalingkuatpernahakubuat] 

Abang : Dayummmmmmn. Kurang black pepper punya adik adik . CAMNI AH KORANG .

Aku : Lek lu bang . Hisap rokok lu .

Abang Shaf : HOTAK KAU DIK HAHA . Awek mana bang ?

Abang : Dekat je . Shah Alam . Abang ingat nak beli rumah dekat dekat area sini .Boleh abang ulang alik tengok korang kat sini . Tade hal . Awexs abang tu pun okay je dengan plan abang . Lagipun , family dia jenis tak kisah . Anak tunggal kot . hiwhiw .

Aku : Woih , tanya sikit je . Tiba tiba je sampai part lepas kahwin dah . Gila confident dia ni .

Abang Shaf : Diamlah adik [gelak] Dah cakap dengan ayah ?

Abang : Perlu eh?

Abang Shaf dan aku beradu suara : PERLU LAH HOI !

Okay . Pendekkan cerita , abang dah nak kahwin dah . Dia punya future wife muka iras - iras Rozita Che' Wan . Puas ah aku cakap dengan Abang Shaf jangan rapat sangat nanti ada pulak kes adik kandung ngorat kakak ipar yang berwajah seiras Rozita Che' Wan . Abang Shaf suruh aku relaks je sebab dia punya taste lebih lebih kepada orang yang iras iras Rosnah Mat Aris . Okay , aku sudah mula risau T.T

Aku ada jugak rasa sedih SIKIT sebab abang dah nak kahwin . Maknanya kasih sayang dia dah terbahagi empat . Aku , Abang Shaf , Abang Fyk dan Kakak Meen. Memang macam hiba rasanya . Abang haritu panggil aku and Abang Shaf . Tiba tiba ada sesi taklimat mengenai kehidupan-Am-dan-Abang-Shaf-selepas-abang-kahwin-nanti. Hek. Hiwhiw . Abang kata urusan sekolah , belanja semua hundred percent dah diserahkan kat Abang Shaf . Abang Shaf pun dah tak boleh lepak luar malam malam sebab dia perlu ingat dia masih ada adik gadis sunti anak dara di rumah [ Okay nak muntah ] . Abang kata dia nak suruh aku belajar berdikari sekarang . No more bangun pagi at 10 . No more abang kemas tilam adik dia . Just no more . Abang kata susah lah hidup kalau sampai adik dia umur 81 pun nak kemas tilam adik dia lepas tidur. Ha abang gebang . Dah tua tahulah aku nak kemas tilam weh <: Abang Shaf juga tak dibenarkan kahwin muda . Dia kena kahwin selepas umur aku mencapai 25 tahun sebab masatu baru aku benar - benar dewasa . Abang Shaf memprotes dan membantah , namun usahanya sia sia. Abang lagi berkuasa nampaknya . HA HA Sian kau Abang Shaf tak dapat gatal nak kahwin awal , tunggulah aku 25 dulu HA HA ! Ya, sudah nampak aura aura nak membalas dendam di muka Abang Shaf hiw hiw. 

Kalau orang tanya aku sedih tak dapat parents macamtu , aku cakap TAK . Atleast I have my brothers , nak sedih apa kan ? Hek . Hek . 

** Part 2 coming v soon.
Copyright Reserved ©Emy Amalina