Monday, October 11, 2010

A Trip To Terengganu .

So hoyeahh . Baru balik dari T'ganu yang macam penat nak mati perjalanan dia . Badan sakit , hidung selsema , kepala pening , durh -.- ''

Hari pertama.

Pagi pagi dah sampai sekolah dengan bag besar gabak tu . Malam tu tidur rumah Maei sebab macam takut lambat ke apa en . Hmm MEMANG . Lambat pemendenye tah . Janji pukul 6.30 , tahu tahu pukul 8 lebih baru gerak . Sabar je lah . Tak cukup tu , kitorang [ me , Maei , Addlina and Syakirah ] kena duduk bas sekali dengan the boys . Dah la tu , bus macam apeeeeeeeeeeeeeeee jek . Gila lah . Ada dua bas , satu semua perempuan , satu lagi lelaki perempuan . Bas yang semua perempuan tu aku cakap kau high class . Aircond okay , complete TV semua , langsir kiri kanan depan belakang . Bas kitorang agak ah daif eh . Langsir belakang takade , dah tu aircond even pasang pun still berpeluh tak ingat dunia , radio pulak harap je pasang tapi takde ape pun , TV jangan nak mengharap sangat ah . Lagi perangai , kitorang pilih nak duduk belakang , PFFFT memang nak tidur pun kena berjaga jaga sebab silap haribulan kau dah tergolek ke bawah sebab bas tu dia punya gegaran memang takade belas kasihan . Berapa ribu kali betulkan tudung pun tak tahu . Memang menyedihkan sebenarnya -.-''

Dan lagi sedih  , trip tak nak lagi lama ah kan ? Kot lah tak patah je pinggang tu sebab asyik duduk je.

Sampai sampai je terus pergi Taman Tamadun Islam ( TTI ) yang macam okay lah best jugak . Sampai sana , terus lunch . Heh kau , lunch kitorang pukul 5 , gila tak gila . Tapi okay lah , takde kebuluran de duduk dalam bas tak lunch. Lepastu pergilah melawat all those masjids yang aku rasa superb . Macam coolio gila tengok masjid masjid luar negara . Owww suka. Paling cantik masjid dekat Turki tu , tapi tak ingat pulak nama dia -.-'' . Ada lah kan , satu scene tu yang aku cakap kau memang MEMALUKANNNNN -.- Malu habis . Oh Ad , Maei and Kirah , sila sila gelak separuh mati dekat sini . Pfffft , malu .


Lepastu pergi Masjid Kristal yang awesome baby . Cantik cantik . Snap photos , solat jama' takhir asar and zohor , jama' taqdim maghrib and isya' , lepastu pergi dinner dekat Restoran Sri Aman . And then lepastu check in hotel . [ Okay , takpayah menipu Emy ] . Check In homestay yang ala ala rumah banglo. Mula mula rasa macam seram pfft perempuan 17 orang satu rumah duduk sendiri sendiri je . Budak lain and cikgu semua rumah lain . Tapi lepastu rasa , best SIOT. Semua rasa macam bujang habis , takada parents , cikgu , heh bebas habis masing - masing , berangan lepak sama sama dengan housemates konon [ Perangai heh ] haha . Tapi sumpah , cooooolio ape lepak dengan kawan dekat rumah ala ala teres dua tingkat ada astro . ada aircond setiap bilik , semua kemudahan ada , memang lengkap ah melainkan kau CONFIRM selsema sebab berhabuk habis -.-''


P.s : Takde ah coolio mane kalau kau kena pakai baju sekolah sampai malam malam buta . Pfft .

Hari Kedua

Dan ini hari terbaik bro ! . Pagi pagi pukul 7 semua dah siap dekat bas. Perempuan macam biasa ah . Tudung labuh dia , baju labuh dia , seluar dia , kasut dia . Hehe [ Atleast takdelah aku buat dosa sangat en tak tutup aurat . Kira terjaga apa korang ] .Okay dah dah . Lepastu kitorang gerak pergi TASIK KENYIR BABYYY !

Breakfast dekat sana . Pfft awal awal lagi lauk semua dah habis . Ape da tak prepare budak budak 72 orang nak serbu kedai kau , masak ah banyak banyak sikit Har har, [ Nak tau ,  Mahirah punya breakfast je RM 10 ? . Gila budak ni ] . Then , ada taklimat dungdang dengan orang Tasik Kenyir [ Kah kah , orang Tasik Kenyir ye tak ] and abang bomba hemsem habis macam Badang . Kah Kah . And yeah , naik boat lepastu .

Mula mula naik boat macam OMG tak stabilnye aku Ngeh . Lepastu okay je la. [ Pfft perlu eh bagitahu gila ? ] Abang brader boat tu eksplain lah berbagai pasal Tasik Kenyir semua and those pulau around it. Memang besar , Padahal masa belajar Geography dulu , fikir kecik je sebab mana lah nak bayang kan tasik buatan manusia besar sampai macamtu sekali . [ Enough enough , gayat lah kau ] . Lepastu singgah dekat pulau ape entah . View dekat situ , SUBHANALLAH cantik gila. Air taknak lagi cantik lah kan ? Lepastu siap lagi bagi minum Kacip Fatimah and Tongkang Ali . Okay , pahit gila . 

Okay dah . Lepastu naik boat lagi . Dah la tu , abang boat tu sporting habis . Siap claim dia tu pelakon lagi . Haha tak tahaan . Then pergi tempat waterfall . Naik tangga yang banyak tu macam nak patah kaki tahu ? URGHHH -.-''

Then balik . Aku takreti ah cemane nak describe betapa bestnye dekat Tasik Kenyir ni. Sumpah best ! Suka gila doh . Baik korang pergi sendiri rasa try test cuba sendiri dekat sana , lantak ah nak kata aku gayat ke apa en . 

Lepastu balik KT balik , dalam bas duduk sejam , PERGHH PELUH PELUH DEN Pfft , Lepastu lunch , balik homestay high kelas solat semua naik bas balik then shopping dekat Pasar Payang Kah kah TERBAIK ! Banyak duit habis dekat sini . NGEH .

Then pergi Pantai Batu Buruk . Nak pergi dinner dekat sana . Nak tau , otw nak pergi A&W sebab malas nak makan dekat restaurant masak lama gile , kitorang terserampak dengan kuda dekat tepi pantai . Ohmaigod. Lepas usha usha dengan kuda tersebut , kitorang have a ride with the horse . Sumpah teruja [ AHHH GAYAT LAGI ] Mula mula naik kereta kuda , lepastu naik kuda sorang sorang , NGEHH KAU JELES TAK ? Haha suka ♥

Lepas makan burger dengan curly fries dan jeles melihat Kirah dengan waffle nya , kitorang gerak pergi Masjid Terapung . Masatu baru perasan , Terengganu ni gila banyak masjid canthek canthek . Ape lagi , snap photo , gelak gelak semua . Padahal kaki masatu macam nak patah sebab berjalan satu hari suntuk .

Lepastu balik . Then lepastu kitorang buat HEHEHH HEHEHHHH [ Taknak bagitahu ] .* Gelak kuat gila * Perangai masing - masing MASYAALLAH haha .

Hari Ketiga

Mula - mula breakfast dekat Sri Aman 's Restaurant [ KAH KAH ! Jangan tanya kenapa aku gelak ] . Lepastu , kitorang gerak pergi SMK Sultan Sulaiman yang PEHH AWESOME SIOT SEKOLAH TU . Dah la cikgu sporting habis , student pun macam ramah gila. Okay suka - suka . Hehehh [ Mahie , Kirah and Add sila gelak ] . Tapi cool gila sekolah ni sebab niedge area [ Tak reti eja ah bhai ] dia SUKAN . Gila lepak habis . Then sekolah pun macam WOOO KAU TAKNAK LAGI LUAS AHH ? Sekolah premier kata dia . HEHEHH.

Lepastu pergi Pasar Payang [ lagi . ] dan shopping lagi . Siap makan nasi air lagi HEHEHHH Bukan nasi ber-air lah , nasi air bengong . Pfft . Masatu baru teringat duit semua banyak habis sebab makanan . Ngehhh la -.-'' Dah , pastu balik . Sampai sekolah pukul 1 pagi bradehh . Gile lama dalam bas :\

I miss our Terengganu moments ♥

P.s : Aku merajuk sebab ade lah orang tu ennnnnnn [ Okay gedik , dah dah ] 
P.s.s : PERGHH kalau photo kau pakai SLR , mana tak seronok eh vacation kau :]
P.s.s.s : Okay , buat kerja gila lepastu baru nak fikir memang my favourite mistakes .
P.s.s.s.s : Meletup , kah kah kah ! 

Photo nanti .
Copyright Reserved ©Emy Amalina