Hek . Ego aku tinggi kalah KLCC banggaan Malaysia . Maruah aku mahal kalah harga Porche kau tu . Jadi . Yeaahhhh aku malu tahap apa dah ini . Jangan harap aku nak lepak sembang sembang dengan Ozil lagi . Takkan dah .
*
Semua kawan aku sibuk tanya kenapa aku dah tak lepak dengan dia . Biarlah inbox phone penuh , Facebook seribu notf sekalipun , takkan lah punya aku nak bersembang ramah mesra balik dengan dia. Biarlah aku punya German buruk bunyi ehh , aku tak kisah . Aku tak kisah . Biarlah aku memendam rindu dan jiwa yang lara ini (CHEWAHH !) ngeeeeeeee . Biarlah . Aku punya perasaan malu . Sape lah tak malu kalau kantoi terang terang depan mamat hensem yang kau suka dia . Nampak sangat kau common suka lelaki handsome. Urgh . Malu .
*
Hari ini pergi piknik . Aku panik . URGH.
Adlina lembut memujuk . Mahirah paksa . Syakirah merayu . Terpaksa aku join juga walaupun aku rasa chance untuk aku terserempak dengan dia almost 89 % . Demi kawan baik . Layan je lah .
Aku lepak santai santai je datang . Takde lah nak kelam kabut sangat macam budak tiga orang tu . Kirah je pagi pagi sibuk memikirkan tikar mana yang sesuai nak pergi bawak piknik . Takut tak matching dengan alam keliling . Syakirah Syakirah , haih .
Mahirah pulak sibuk mengira makanan yang nak bawa . Walaupun aku rasa makanan tu macam dah terlampau banyak , dia tetap lagi rasa gelabah tak cukup . Sibuk dia carik roti , nak buat sandwich . Dipaksa paksa jugak si Kirah yang tengah pening kepala tu tolong buat sekali . Baru je 3 saat lepas aku dengar orang terhantuk . Risau si Kirah mengamuk pukul Mahirah je nanti . Haduh .
Adlina pulak , sibuk memilih baju. Dia paksa aku pilihkan jugak. Bukan paksa pilihkan , paksa iyekan sebenarnya. Aku baru kata baju tu kurang sesuai , mata dia dah merah menyala nak marah aku . Aku tunduk memahami . Aku tukar statement . ' Adlina , baju tu memang cantik . Takde yang lain cantik melainkan baju tu . Baju tu memang cantik . Cantik gila . CAAAAAAANTIK SANGAT ! '. Baik tak payah mintak tolong sebenarnya aku rasa dia ni . URGH.
*
Hampeh jugak kawan kawan aku ni . Datang sini bawak kekasih hati masing masing . Bajet aku jeles lah tu. Lagi best lepak dengan Anis , Aisyah and Dean nih ha . Bukannya nak bagitahu bawak budak tiga orang ni sekali . Heee , Dah lama tak jumpa tiga orang ni . Suka suka . Masing masing import dari Mesir ni . Diorang sepatutnya dah boleh balik Malaysia dah , tapi transit sini dulu sebab nak jumpa kitorang bertiga. Terharu pulak rasanya dapat kawan macamni *kesat air mata ,* . La tahzan ,EMY. haha tiba tiba je .
Mahirah sedang senyum lebar lepak dengan Neo . Hmm nampaknya Neo lebih banyak makan dari bercakap . Neo yang keding nih tak henti henti kena sumbat Peach Cobbler and sandwich Mahirah . Lawak gila . Mahirah paksa dia jadi kuat makan macam dia. Neo muka dah nak menangis dia. Aku harap dia tak menangis . Nanti Mahirah pun turut nangis . Hati dia ni cepat tersentuh . Alamat eh , banjir habis tasik depan ni .Dulu pun , dia tengok adik aku menangis kena marah dengan aku , dia yang menangis lebih lebih . Siap meraung sekali . Puas lah si Irfan pujuk jangan menangis . Aku angkat kening . Dah biasa dah ni . Macam macam .
Syakirah pulak tengah berbahagia dengan Sam . Muka dah ala ala Sam Bunkface . Nasib baik Ozil lagi hensem . HEH . Aku sorang je tahu nama sebenar dia ,
'.... Alkisahnya . Satu hari tu , Kirah pinjam sweater Sam . Lepastu Sam call suruh hantar sebab dia punya sweater basuh and dia ada class haritu and dia sejuk gila and Kirah mintak tolong aku hantar sebab aku ada class jugak dekat situ and suka suka hati Kirah je nak mintak tolong aku .Aku pun malas lah nak berkira dengan si tukang masak rumah ni . Aku bawak je lah sweater Manchester United yang loser ni . Masuk masuk je class Sam , aku masa tu pon tak cam sangat muka dia ni . Aku tanya dekat classmate dia , ' Is there any Malaysian students here ? ' . Minah saleh ni angguk dan tunjukkan lelaki ber-snow cap itu . ' Yeah , there's Samad , the one and only Malaysian 's student here .' Aku angguk . Aku baru je nak melangkah kaki , aku pusing balik . ' Wait , what is his name ? ' . ' If Im not mistaken , he's Samad bin Samdol ' . Oh . Aku dalam hati dah mengekek ketawa . Nama dia pulak . Haha ....'
Dan Adlina , duduk atas bench . Tunggu Chucky .
Aku berpaling tempat lain . Aku nampak Chucky . Aku nampak dia. Terus aku pandang , Adlina , Mahirah , Syakirah . Me - lam - pau lah ni !
*
And now. He's beside me . Dia pandang aku. Aku pandang tempat lain .
'Apakah saya pernah mengatakan kepada kau bahawa aku benar-benar dapat bertutur dalam Melayu? Aku pohon maaf '
Aku pusing dekat dia . Muka aku kelam .
' Did someone ever told you that your Malay damn sucks ? '
Lepastu aku gelak kuat kuat . Sumpah aku ketawa gila gila . Chucky join sekali gelak . Ozil muka tak faham .
' Jangan kamu berdua kejam sangat '
Ozil bisik dekat aku .
' Stop laughing and now , teach me how to converse in Malay , cikgu '
Aku senyum. Its over . The rest is history .
*
To all muslims , Selamat Hari Raya dari saya, Emy Amalina dan hubby , En Mesut Ozil
Sorry kawan kawan , tahun ini saya ada di German . First year , kenalah ikut turn suami kan ? Haha Amek kau . Antarabangsa punya . Bukan Kelantan - Seremban punya turn . Malaysia - German . Ngeee .
Doakan kebahagiaan kami .
the end.