Damn . Masatu aku on vacation , keluar dengan dua abang kandung aku , Farid and Fahmi . Dah macam kembar pun ada juga , padahal tak sebenarnya . Sorang baik tahap dewa dewi sorang lagi jahat tahap syahaiton. Ni semua bawak aku vacation sebab mama yang call suruh dia bawak adik terchenta dia pergi bercuti . Terchenta ape nye . Setakat pergi Cherating tu , ha'ila .Mama kata mama tak larat tengok aku duduk dalam bilik je . Jasad ada tapi roh mana mana entah . Apekah .
Kitorang pergi 3 hari . Dan hari ke tiga . Suppose to balik on malam tu tapi tiba tiba abang aku dua orang ni pagi pagi dah serbu bilik ajak balik. Diorang kata ada emergency and aku pun macam APE APE APE YANG EMERGENCYNYE ? . Diorang memilih untuk diam . Aku masatu macam lepak je lah . Agak eh awek datang rumah kot tu yang gelabah nak balik . Ngee .
Kalau kau pakai true BM tatabahasa , ayat yang paling sesuai pakai adalah - Sangkaan aku meleset sama sekali . Meleset sungguh . Meleset weh meleset gila . [ Apehal teruja sangat pakai perkataan meleset ni ] .Balik je rumah , aku terpandang berbatalion kasut depan rumah Farel . Aku pandang abang abang aku . Farid suruh aku naik bilik pakai baju kurung . Aku pun macam OH ADA KENDURI . Padahal AHDKISHEYEMLALOESHSJSJ Bayangkan lah sendiri aku adalah orang yang terakhir tahu Farel dah pergi . He's truly gone . He's really gone .
Ingat lagi . Masa aku turun balik , abang aku pegang tangan aku , bawak masuk rumah Farel . Masa tu hanya Allah yang tahu macammana rasanya tengok kawan baik sendiri pergi tinggalkan kita SELAMA LAMANYA . Masatu air mata aku tak mampu nak keluar . Tak setitik pun keluar . Aku pandang je . Berperang dengan emosi dan perasaan nak meyakinkan yang dia dah pergi . Aku duduk . Kawan kawan semua dah datang keliling . Yang perempuan semua menangis peluk aku . Aku seriously tak boleh menangis . Bukan tak mampu , tapi dah teruk sangat rasanya . Teruk sangat . TERUK . SANGAT .Teruk rasa bila mengenangkan husky voice dia , gelak dia , jokes dia , and everything about him for about SIXTEEEN YEARS BABYYYY ! Enam belas tahun . Pedih .
Lepas balik dari kubur , aku lari naik bilik , aku terduduk . Masatu rasanya baru dapat kekuatan untuk menangis . Aku masa tu tengok gambar kitorang . Aku diam . Aku tahu semuanya bukan boleh backspace senang senang . Tapi untuk deal dengan otak sendiri memang susah . Ibu datang bilik . Ibu peluk aku. Ibu menangis .Ibu kata she's already missed him . Me too , ibu . Hmm . Aku diam . Menangis jugak . Ibu kasi surat , ibu suruh baca . Lepastu Fahmi datang bawak ibu jumpa mama .
' Dear Emy ,
Rindu you doh . You rindu I ? Hmm . Marah I ? You nak touching touching kenapa doh ? Haha . Nampak je hati kering tak kecik hati bila I tinggalkan pergi sekolah macamlah I tak tahu you nangis kan ? Haha . You . I dah tak larat dah ni sebenarnya . Okay straight to the main point. You , I kena cancer . Which cancer pun I taknak tahu dan malas nak tahu . You , you ingat I suka ke Julia tu ? Dah la Jufarel tu tak sesedap mana . Apa you fikir dia lah perempuan paling manis I jumpa ? You ingat dia cukup perempuan sangat ? You , I did all these things sebab tak nak you menyusahkan diri you masa I tengah melawan sakit ni . Memang nampak cliche macam drama TV bila buat benda ni tapi I terpaksa buat . Ingat senang ke I nak marah marah you padahal I takpernah buat pun dekat you sepanjang hidup I . Ingat senang ke I nak delete all Facebook photos I dengan you padahal I sayang gila semua photos tu . Ingat senang ke I duduk sebelah orang lain dalam kelas padahal I deskmate you for over 9 years , Ingat senang jugak ke I mengumpul kekuatan nak tengking you bila you minta I ambik you balik dari Sports Center ? Ingat senang . Tak . Benda paling susah I nak buat dekat dunia ni , ialah menyakitkan hati you , buat you menangis marah marah kan I . You dah la boleh tahan hati kering buat tak tahu I marah you . You ingat senang I nak hadapi bila tahu you berkurung dalam bilik sepanjang hujung minggu for almost 8 months ? You ingat berapa kali I tahan diri dari pergi bilik pujuk you nak gelak sama sama ? Dah berapa banyak pulak I buat my killer kek batik lepastu end up buang dalam tong sampah sebab I taknak you rindu dekat kek batik I bila I dah takde . Berapa banyak pulak CD and shirts you yang I dah beli tapi I simpan buat tak tahu sebab I taknak you rindu I , ingat I , sayang I lagi . Beribu kali I dah menangis sebab I tahu I akan kehilangan you lebih awal dari sepatutnya . I - just - missed - you . UNTIL THE DAY I DIED , I gonna miss you . Masa ibu suruh you jaga I masa demam , I buat keras hati jugak , padahal I rindu . I miss the way you treat me . Dah la kasar - tak layak jadi nurse you tahu . Tapi dah enam belas tahun I kena treat macamtu , kalau I mati kena treat macamtu pun I tak kisah , I just missed our moments . You , I tought of being beside you on the day I die . Tapi , you ikut abang abang you pergi Cherating pulak . I tumpang bilik you okay . I just missed this room . Bila you baca surat ni , I dah takde . Im gone . Jangan lupa I , go for your dreams , doctor . PLEASE TAKE CARE BECAUSE YOU ARE THE SWEETEST CREATURE OF THE EARTH and I love you , bestfriend .
FAREL ADAM . '
*
This innocence is brilliant,I hope that it will stay
This moment is perfect, please don't go away, I need you now
and I'll hold on to it, don't you let it pass you by
END.
This moment is perfect, please don't go away, I need you now
and I'll hold on to it, don't you let it pass you by
Dah dekat seribu kali aku ulang lirik ni . Hmm dah genap setahun dia pergi . He's really gone .
Dear Farel , I am missing you . PLEASE COME BACK :'[
Dan dah dekat sejuta kali jugak I wrote all those things on a piece of paper , dan lepas aku baca mesti aku menangis dan buang benda tu semua dalam tong sampah . Sia sia semua . Aku sedekahkan Al Fatihah dan capai Yaasin . Semoga dia bahagia di sana .
*
Niena dan Faiz officially couple . Selama ni setakat bersekandel je . Dah la jadi couple paling romantik [ ECECEH ECECEH ] dekat sekolah . Fuh menyampah menyampah haha . Nasib baik ibu setuju , kalau tak naya Faiz haha .
Mahirah , Syakirah , Anis , Adlina masih sibuk dengan girly stuffs diorang . Makin besar makin menjadi jadi . Dah pandai make up , pakai dress , jalan dah gaya ala ala Naomi Campbell , bercakap English makin pekat ala ala Oprah Winfrey , fashion tak nak kalah , terus jadikan si Lady Gaga idola . *geleng kepala dan senyum* kawan kawan aku ni pulak . Tapi sorry , aku tak reti nak ikut semua ni . Tunggu kahwin lah baru aku ikut korang , ngeh ngeh :]
Tak kalah jugak Iffat , Nazrul , Kay and Badrul , sibuk gila nak jadi The Most Hot Dudes on Town . Sibuk jugak nak fashion sana sini . Lepak Pavilion je . Facebook siap ada fan page lagi . Kemain ramai lagi perempuan like , Ya Allah rabunnya perempuan perempuan tersebut . Sampai kiamat jugak aku tak akan like NGEH . Tu semua sebab nak lawan Chucky si playboy lah tu . Ingat lagi ,
Masa tu kitorang pergi jog . And semua kawan aku dah kedepan . Aku dengan Chucky macam biasa , tertinggal dekat belakang . Aku sebab dah habis stamina , setahun tu tak joging . Si Chucky sibuk mengusha awek awek seksi tengah jogging . Mamat ni pulak =.=''
Kau tak boleh eh sehari tak usha makhluk bernama perempuan ?
Aku mana ada usha doh. Diorang yang suka aku . *Angkatkening
Menyampah .
Kau ni takde perasaan ke dekat lelaki ? Kau lesbo keh doh ? Yela tahu lah you - know - who dah meninggal , tapi takkan ah kau terus jadi macamni ?
Sedap cakap. Sape lak lesbo kat sini .
Kau lah . Ghoman takde perasaan je .
You know what Chucky , people sounded pathetic when they're in love.
Hmm poyo lah kau. Tapi betul jugak . Aku nak berubah lah .
*senyum* Bagus lah . Dah la jom ah sambung lari .
Belum lagi sempat nak lari ,
' Emy , awek tu hot gila . Kau lari dulu , nanti aku follow . Ni antara hidup dan mati .'
Insaf pemendenye eh tu ? =.='' DUHHH .
*
The true pain of life is , not being there when your friends need you .
Selamat tinggal Malaysia . Aku blah German dulu . Nak study medic. Nak sembuhkan orang terutama orang sakit Cancer . Take care Malaysian , xoxo .
END.