Saturday, September 18, 2010

Farel. Part 5

Dulu kan , ada satu album dalam FB dia penuh gambar aku dengan Farel . Title album tu , ' ♥ ' . Ramai gila orang like . Tapi tu dulu la. Dia ada tukar title album tu jadi , ' sisterly loved ' . Tu kira okay lagi lah dari sekarang , THAT ALBUM IS GONE . Pfft sedih lagi.

*
Setiap kali second Ahad in a month , kitorang mesti sleepover rumah sesiape je . Now turn Iffat . Chucky and Adlina kena fetch aku dekat rumah memandangkan . . [ korang boleh agak sendiri kan ? ] . Heh , first time dia tak join . Selalunya dia lah yang paksa paksa orang join now dah tak. Heh . 

Kali ini aku sleepover lama sikit. Saja nak bagi Farel rindu [ Ya Allah kau Emy, yakin je dia rindu kau ]. So macam seminggu kot sleepover sana . Semua aktiviti buat . Yang tak tahan tu , Iffat ajak buat solat tahajud , tahlil , baca yaasin malam malam sebelum tidur. Memang tak kena dengan dia punya penampilan yang ala ala budak rosak yang kalau polis tengok mesti dah syak wasangka dah selalu lepak kelab malam . Tapi orang kata , don't judge a person by their seluar pendek and jeans koyak lutut . Lepak saja . Habis mak dia supply kain batik dekat perempuan . Yela pejadah pulak mak dia nak kasi anak anak lelaki tu kain batik , lain macam pulak nanti . Mau mengamuk Encik Mazlan . 

Kira macam terisi apa iman duduk dekat rumah Iffat ni . Chucky pulak boleh tu aku dengar dia doa , 

' Ya Allah , berikan lah aku awek cantik cantik lagi . Awek yang sekarang memang dah cantik , tapi kalau boleh nak Rozita Che Wan , minta dijauhkan ala ala Rosnah tooot toooot  '

Aku dah senyum dah time tu , Kiah dah siku siku Anis , Anis dah start nak gelak tunjuk gigi cantik , Mahirah nak gelak sampai nak terpegang bahu Kay , tapi tak meneruskan niat sebab tahu nanti batal air sembahyang . Iffat dah tunduk dah sebab segan dengan ayah dia disebelah dia . Tapi bila Adlina dah jeling tiga ribu kali lagi tajam dari mak kau semua pun sentap je. Terus berhenti niat nak mempersendakan Chucky si playboy . ADUH FAIL BUDI BAHASA BUDAYA KITA LAH CHUCKY NI. Meh la hantar kursus nyanyi dengan Datuk Siti . 

*
Aku balik. Tahu tahu ibu panggil datang rumah . Aku pun nak tak nak datang ah rumah sebelah . Dia bagitahu yang Farel demam sebab berhujan semalaman dengan Julia masa apeentah [ Tu la ibu , cakap lah sepatah sepatah . Orang nak hadamkan maklumat pun susah ] . So, pergilah masuk bilik Farel yang dah dekat lapan bulan tak masuk , bayangkan . Mana ada doh gambar potret kitorang kecik kecik , semua dah berganti dengan photo Jufarel . Ingat cukup manis ke ? Oh memang manis sebab aku rasa dah nak hujan bila tengok photo diorang . Sobs Sobs . [ Okay , hujan ] .

Kenapa datang ? [ muka pelik dia ]
Ibu suruh. [ Tak pandang dia . Still tengok photo bahagia tersebut . Kantoi ah jeles ]
Oh , I demam .
Apekes ?
Main hujan semalam .
Memori daun pisang ke ape . 
Tak lawak. Bagi cool fever kat tepi meja tu satu .

Okay . Macam dah okay . Macam la. Memang dia ni nak kena . Mentang mentang demam , suruh pulak aku masa bubur ala ala McD , puding caramel , dengan air mangga . Semua kena handmade , tak boleh beli . AMBOI DIA. MENGANDUNG KE DEMAM ? Haduh . Ibu senyum je tengok aku kena buli fizikal . Buli mental pun ada jugak sebab aku tak tahan tengok photo tu. Macam menyayat hati [ WEHH AYAT AKU KLASIK NYE ] . Niena pun sedap je order . Nasib baik kau comel . Tak macam burn . Dia tak berapa nak comel sangat sebab aku lagi comel. Farel sebenarnya tak comel . HA Saddiq lagi tak comel [ Weh apehal ni ?!] Haha .

Seminggu jugak lah aku bertungkang lemas menjaga orang demam ala ala mengandung nih . Grr seminggu tu jugak lah masak puding caramel dan makanan makanan tersebut . Naik terpeleot tangan aku ha . Seminggu tu jugak lah aku suka stalk Burn dengan Niena menge-date . Lawak gila. Burn tu muka je takde perasaan , besi waja , tapi dalam hati ada garden . Nak berbahasa kanda dinda tu apekes . Outdated sungguh mereka berdua . Farel pulak macam okay je dengan aku dah . Dah boleh dah ajak main sepak sepak kaki walaupun dia demam mengandung . Ibu kata ibu suka kitorang okay . Suke lak ibu ni . Ibu ape tahu . [ Haha tibe tibe anak derhaka ] . Ngeh .

Dan seminggu tu jugak Julia tak contact Farel . Misscall , message , YM , Skype , Fesbuk , Myspace dan apetah lagi Friendster . Farel macam diam je . Haih entah la.
Copyright Reserved ©Emy Amalina