Friday, August 27, 2010

Lelaki German Part !V

Aku balik rumah dengan mata merah bukan tanda marah tapi tanda mengantuk melampau . Slumber je diorang ajak lepak sampai pukul 2.30 . Tahulah dekat Malaysia tak boleh buat kan ? Ngeh .

*
Aku lepak atas bench ., Tengok jadual . Wahaha * gelak sorang sorang * , harini ada sesi lab anatomy . Macam biasa , Chucky jadi partner sebab dia je budak Melayu yang sama sesi dengan aku . Roomate lain semua lain sesi . Huh . Dari form four dah macam ni . Geshh . Aku text Chucky , 

Me : Bro . Jangan lupa lab anat petang ni bro .
Chucky : Coolio . Thanks ingatkan . 

*
Itu dia . Budak perasan hensem , hidung tinggi dah datang . Actually aku dah lama kawan dengan dia ni . Masa form 1 lagi . Tau tau , sama jugak datang belajar lepak dekat University of Oldenburg . Tahu lah teruja , tapi tak payah lah sampai jerit kuat gila masa nampak aku masa orientasi dekat Hall . Aku pulak boleh buat muka cakap , 'Shut up stupid ! ' Haha . Terus dia merajuk seminggu dengan aku lepastu . Terpaksa aku servis kasi snickers setiap hari . A snickers a day , keeps Chucky okay . Hah , Nasib baik Snickers dekat sini murah .Kalau tak , maunya sampai sekarang dia buat muka toya tak kenal aku setiap kali jumpe . Macam - macam .

Sampai sampai je situ , dia letak bag and terus blah pergi toilet . Hehhh suka macam tu . Saje je taknak datang awal dekat lab . Sambil sambil tu , aku buatlah background reading , nak kena cover benda yang tak faham semua semua tu . 

And again . Mamat pierce tuh tiba tiba datang situ , dan hulur tangan . Tanda nak salam . Aku macam 
' Erkk , what're you doing here ?'

' Btw , I am Chucky ' s bestfriend and roommate . '

Siot Chucky . Bukan nak bagitahu . pun! Dari jauh aku dah nampak Chucky senyum . Bajet hensem je . 
Phone aku vibrate . 

' Yknow what , aku dah tahu dah pasal engkau palpitation melampau jumpa kawan aku nih ha. Adlina told me . Hey , suka eh ? Ha ha padan muka

Chucky memang nak kena . Adlina memang nak kena . 
Sampai hati Adlina cerita dekat Chucky selepas peristiwa bilik tidur tu . URGH!

Copyright Reserved ©Emy Amalina