Jom join contest pertama anjuran Cik Bard.Syarat penyertaan:
1) Letak gambar kamu bersama ayah kamu.Tak kiralah ayah kandung, ayah tiri, atau ayah angkat (bapak ayam tak mahu OK?).tak kisah sama ada ayah kamu masih hidup atau sudah meninggal dunia..
2) Gambar tu editlah sikit ye, dan letak link blog kamu.nak letak caption kat gambar pun boleh.Boleh juga buat gambar kolaj bagi mereka yang tak ada gambar berdua dengan ayah.
3) Lengkapkan ayat ini: SAYA SAYANG AYAH SAYA KERANA.....
(nak buat pendek boleh, panjang pun boleh)
4) Letak banner contest di bawah ini di dalam entry kamu, dan dalam entry tu mesti ada link ke blog B.A.R.D ini.

*
Saya sayang ayah saya kerana dia adalah ayah saya . Dia lah yang marah saya bila saya buat benda benda bodoh dan dialah yang ke depan bila memperjuangkan hak anak anak dan isterinya . Dia lah juga yang penat penat balik malam cari duit untuk keluarga . Dia juga yang tak henti nasihat saya supaya berjimat cermat . Dia akan jadi orang paling marah bila tidak jaga maruah keluarga. Tanggungjawab ayah besar , bukan kecil . Dia bukan untuk family saya sahaja , bahkan untuk orang lain juga . Kesabaran ayah tinggi bukan kepalang . Saya sayang dia sebab dia lah ayah saya dulu ,kini dan selamanya . Satu satunya ayah sampai bila bila , Haji Aminuddin Haji Harun .

Lagi satu , ayah saya okay je bila ajak dia camwhore . Ada lagi ke ayah macam tu heh ? Tak kan . Tapi ayah saya ada .
Niat saya tulis entri bukan nak menang semata mata . Tapi sebab nak cakap yang saya ada ayah yang superb , dan saya sangat bangga dengannya . Itu je . Terima kasih .