Friday, January 22, 2010

Kawan Kawan Saya

Saya sebenarnya penat . Awak , Awak , saya dah rasa macam losing dah . Saya rasa macam ' I got no point of being here ' . Saya rasa macam tu sekali kan . Dah lama rasanya saya tak bercerita rahsia saya kepada teman teman baik saya . Jujur , saya rasa kami makin jauh . Jauh berbatu batu . Tapi saya tak larat nak alihkan batu tu seorang diri . Saya perlukan awak dan awak . Kesian kan saya .

Saya sedar Aisyah banyak bersedih sekarang . Mungkin awak makan hati . Dengan saya ? Saya minta maaf awak . Saya kecewa sebab awak kurang tersenyum sejak kebelakangan ini . Saya rindu awak yang dulu . Bukan awak sekarang yang asyik mengiyakan apa yang saya kata .

Saya juga sedar Khalisa sudah ke depan . Saya senang dengan perubahan awak . Jujur , Saya suka . Cuma , saya minta maaf sebab saya dah lama tak berborak panjang dengan awak . Barangkali , saya sibuk agaknya.

Saya lihat Mahirah semakin sibuk dengan life dia . Mahirah semakin busy . Awak , awak dengar lah cerita saya pula . Saya kan dah dengar cerita awak pasal kelas awak tu , temankan lah saya bila saya nak bercerita . Saya rasa saya hilang awak yang dulu .

Kawan terulung, Syakirah yang sentiasa ada kalau saya susah senang . Tapi sibuk dengan homeworks dia . Awak awak, awak tak rasa kah yang kita makin jarang bercerita ? Busy agaknya kan )':

Deanna , saya rindu awak . Awak pergi . Awak , bila nak balik ? Entah lah . Saya rindu awak banyak . Mari pulang Malaysia . Saya nak peluk awak . Dah lama saya tak dengar awak berceloteh .

Tahap kerinduan tertinggi saya ada pada awak , Anis . Awak sedar tak ? Tak kan , (-_-) Kita semakin hilang tajuk dalam perbualan . Sedih tahu .

Dan ,
Saya berjanji akan jaga Adlina . Saya akan tunaikan permintaan Farah. Saya sayang dia. Sumpah , saya takkan biarkan awak keseorangan . Biarlah saya tebus kembali dosa 2009 saya .

Kawan Kawan ,
Saya hanya berlaku jujur . Saya dah hilang . Kejap lagi , saya akan hilang Naim saya . Sedih kan ?.

Naim ? Saya tahu awak tak akan baca ini , Tapi saya nak jugak awak tahu yang saya sayang awak sangat . Awak dah nak pergi kan ? Saya sendiri tak pasti macam mana saya nak hadapi Jumaat seterusnya dengan membayangkan hari tersebut last day awak . Saya tak sekuat awak Naim .

Bone dan Alif , Terima kasih sebab awak menghiasi hari hari sekolah saya yang teramat bosan . Saya bagi ucapan terhebat ini untuk kalian (' :

Saya sangat rindukan teman teman baik saya . Saya ada banyak benda nak bercerita . Tapi saya tak tahu nak mula dari mana . Saya rindu kan kita yang dahulu .

Perubahan kelas mengeffekkan jiwa saya . Yang pasti , saya rasa saya seperti tiada kawan baik dah . Saya rasa lain . Saya kecualikan Adlina kerana saya berdosa tahun lepas. Saya tahu saya salah . Saya sayang kan dia dan kalian.

Saya sendiri tak tahu apa yang saya rasa . Maaf kerana bebankan pemikiran kalian . Saya - Cuma - Bersedih dan Meluahkannya .

Maafkan saya .
*
Saya duduk bersama seorang rakan bercakap dengan rakan yang lain . Tak dapat nak faham apakah yang mereka bualkan . Yang saya pasti , (Sangat Pasti) mereka bercerita mengenai asrama dan dorm mereka . Tak menarik perhatian langsung . Saya tertoleh kepada rakan sekelas yang sibuk bergelak ketawa. Hasrat di hati nak turut serta . Tetapi mengenangkan diri sendiri yang entah siapa siapa , saya padamkan niat itu . Siapalah saya ini nak join mereka bergelak ketawa kan ? . Saya duduk dan buka buku , membuat kerja rumah sementara tunggu guru masuk kelas . Tak pernah saya lakukan sebelum ini . Alip pusingkan badannya , menghadap saya , berkata ' Apahal monyok Emy ? ' , segaris senyuman hambar yang terukir di bibir saya mungkin mampu menjawab soalannya.

Alamak . Dah nak rehat . Patutkan saya turun ? Tak perlulah . Tak biasa saya naik turun sekolah seorang diri. Kalau dulu bolehlah . Ada teman teman . Sekarang pula , .. Bukan tiada , Tapi tak seperti teman teman saya yang dulu . Ya . Teman teman saya yang dulu sibuk . Tak nak lah mengganggu . Lebih baik berlapar dari jalan seorang diri naik turun tangga ke kantin . Baiklah , saya buka buku dan terus buat kerja sekolah .

Nota : Rutin saya setiap hari .Awak agak , apa yang saya rasa?
Copyright Reserved ©Emy Amalina